China ABC

Zhao Leji

 

Zhao Leji

 

 

 

Zhao Leji, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Mac 1957 dan berasal dari Xi'an, Provinsi Shaanxi. Beliau mula bekerja pada September 1974 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada Julai 1975. Beliau mendapat ijazah sarjana dari Sekolah Parti Pusat.

 

Beliau kini menyandang jawatan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat, dan Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat PKC.

 

1974-1975 Belia berpendidikan di pasukan Gongba, mukim Hedong, Kaunti Guide, Provinsi Qinghai

 

1975-1977 Koresponden di Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai

 

1977-1980 Mengikuti pengajian falsafah di Fakulti Falsafah, Universiti Peking

 

1980-1982 Petugas di Bahagian Politik Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai, pensyarah Sekolah Perdagangan Provinsi Qinghai, dan Setiausaha Jawatankuasa Sekolah Perdagangan Provinsi Qinghai Liga Pemuda Komunis China (CYL)

 

1982-1983 Naib Ketua Bahagian Hal Ehwal Pendidikan Sekolah Perdagangan Provinsi Qinghai

 

1983-1984 Naib Ketua Bahagian Politik Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai, Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai CYL

 

1984-1986 Pengurus Syarikat Produk Perkakasan, Elektrik dan Kimia Provinsi Qinghai, Setiausaha Jawatankuasa Parti bagi syarikat berkenaan

 

1986-1991 Naib Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai, Naib Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai PKC

 

1991-1993 Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai, Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai PKC

 

(April 1992 Merangkap Ketua Korporat Pembekalan dan Penjualan Provinsi Qinghai)

 

1993-1994 Penolong Gabenor Provinsi Qinghai, Ketua Pengarah Jabatan Kewangan Provinsi Qinghai, Setiausaha Kumpulan Pemimpin Jabatan Kewangan Provinsi Qinghai PKC

 

1994-1995 Naib Gabenor Provinsi Qinghai merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kewangan Provinsi Qinghai, Setiausaha Kumpulan Pemimpin Jabatan Kewangan Provinsi Qinghai PKC

 

1995-1997 Naib Gabenor Provinsi Qinghai

 

1997-1997 Naib Gabenor Provinsi Qinghai, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xining PKC

 

1997-1999 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xining PKC

 

(1996-1998 Melanjutkan pengajian mata wang dan perbankan di Akademi Sains Sosial China

 

September 1998-Januari 1999 Mengikuti kursus pegawai pringkat provinsi dan menteri di Sekolah Parti Pusat)

 

1999-2000 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC, pemangku Gabenor Provinsi Qinghai

 

2000-2003 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC, Gabenor Provinsi Qinghai

 

2003-2003 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC, Gabenor Provinsi Qinghai

 

2003-2004 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC

 

2004-2007 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Qinghai PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Qinghai

 

(2002-2005 Melanjutkan pengajian sarjana (sambil bekerja) tentang ilmu politik di Sekolah Parti Pusat)

 

2007-2008 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC

 

2008-2012 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Shaanxi.

 

2012-2017 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat PKC

 

2017- Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Suruhanjaya Pemerikasaan Disiplin Pusat, Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat PKC

 

Anggota Jawatankuasa Pusat ke-16, ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Biro Politik dan Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, Anggota Biro Politik dan Jawatankuasa Tetapnya Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, Anggota, anggota Jawatankuasa Tetap, dan Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-19.