China ABC

Li Zhanshu

 

Li Zhanshu

 

 

 

Li Zhanshu, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Ogos 1950 dan berasal dari Pingshan, Provinsi Hebei. Beliau mula bekerja pada Disember 1972 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada April 1975. Beliau tamat pengajian pendidikan politik di Kolej Malam, Universiti Normal Hebei. Beliau mempunyai ijazah MBA.

 

Beliau sekarang menyandang jawatan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Pejabat Suruhanjaya Keselamatan Negara Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Kerja bagi Jabatan di Bawah Pimpinan Langsung Jawatankuasa Pusat PKC.

 

1971-1972 Belajar harga barang di Sekolah Kewangan dan Perdagangan Daerah Shijiazhuang Provinsi Hebei

 

1972-1976 Petugas dan Naib Ketua Pejabat Biro Perniagaan Daerah Shijiazhuang Provinsi Hebei

 

1976-1983 Petugas dan Ketua Bahagian Maklumat Pejabat Jawatankuasa Daerah Shijiazhuang Provinsi Hebei PKC

 

(1980-1983 Melanjurkan pengajian pendidikan politik di Kolej Malam, Universiti Normal Hebei)

 

1983-1985 Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Wuji Provinsi Hebei PKC

 

1985-1986 Naib Setiausaha dan Pesuruhjaya Jawatankuasa Daerah Shijiazhuang Provinsi Hebei PKC

 

1986-1990 Setiausaha Provinsi Hebei Liga Pemuda Komunis China (CYL)

 

(Februari-Ogos 1988 Mengikuti kursus teori pembangunan parti di Sekolah Parti Pusat)

 

1990-1993 Naib Setiausaha dan Pesuruhjaya Jawatankuasa Daerah Chengde Provinsi Hebei PKC

 

1993-1997 Anggota Jawatankuasa Tetap dan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Hebei PKC

 

(1992-1994 Mengikuti pengajian ekonomi di Sekolah Jarak Jauh Sekolah Parti Pusat)

 

1997-1998 Anggota Jawatankuasa Tetap, dan Naib Ketua Kumpulan Pimpinan Kerja Desa Jawatankuasa Provinsi Hebei PKC

 

1998-2000 Anggota Jawatankuasa Tetap, Naib Ketua Kumpulan Pimpinan Kerja Desa, dan Pengarah Pejabat Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC

 

(1996-1998 Melanjutkan pengajian (sambil kerja) ekonomi perniagaan di Fakulti Kewangan dan Perdagangan, Akademi Sains Sosial China)

 

2000-2002 Anggota Jawatankuasa Tetap dan Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC

 

2002-2002 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xi'an PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Xi'an

 

2002-2003 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Shaanxi PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xi'an PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Xi'an

 

2003-2004 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Heilongjiang PKC

 

2004-2007 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Heilongjiang PKC, Naib Gabenor Provinsi Heilongjiang

 

(2005-2007 Mengikuti pengajian pentadbiran perniagaan di Institut Teknologi Harbin dan memperoleh ijazah MBA)

 

2007-2008 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Heilongjiang PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Heilongjiang

 

2008-2010 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Heilongjiang PKC, Gabenor Provinsi Heilongjiang

 

2010-2012 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guizhou PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Guizhou

 

2012-2012 Naib Pengarah (peringkat menteri) yang bertanggungjawab atas kerja rutin, dan Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Kerja bagi Jabatan di Bawah Pimpinan Langsung Jawatankuasa Pusat PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Guizhou

 

2012-2014 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Kerja bagi Jabatan di Bawah Pimpinan Langsung Jawatankuasa Pusat PKC

 

2014-2017 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Pejabat Suruhanjaya Keselamatan Negara Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Kerja bagi Jabatan di Bawah Pimpinan Langsung Jawatankuasa Pusat PKC

 

2017- Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Pejabat Suruhanjaya Keselamatan Negara Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Kerja bagi Jabatan di Bawah Pimpinan Langsung Jawatankuasa Pusat PKC

 

Anggota simpanan Jawatankuasa Pusat ke-16 dan ke-17 PKC, Anggota Jawatankuasa Pusat ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Biro Politik dan Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC.