China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-08-29 13:12:47    
Pengaruh Perang Iraq terhadap Hubungan Dalaman ASEAN dan Hubungan antara ASEAN dengan China dan Negara Kuasa Besar yang Lain

CRI
Perang Iraq sudah selesai dengan kemenangan tentera bersekutu A.S dan Britain, perang tersebut telah memberi pengaruh terhadap hubungan dalaman ASEAN, dan hubungan antara ASEAN dengan China dan negara kuasa besar yang lain.

Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan yang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kepelbagaian corak politik, ekonomi, kebudayaan, etnik, dan agama yang paling ketara di dunia, proses integrasinya lebih menghadapi banyak rintangan berbanding Kestuan Eropah. Perang Iraq telah mengakibatkan masalah dalaman ASEAN lebih menonjol. Walaupun Setiausaha Agung ASEAN Wang Jingrong sebelum perang Iraq tercetus telah menyatakan, beliau tidak berharap terdapat negara ASEAN secara terbuka menyokong A.S melancarkan peperangan terhadap Iraq, untuk mengelakkan lebih banyak serangan keganasan berlaku di kawasan tersebut. Tetapi ASEAN masih terbahagi kepada 2 kumpulan yang menyokong atau menentang A.S dalam perang Iraq. Filipina dan Singapura secara terbuka dan teguh menyokong tentera bersekutu A.S dan Britain mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iraq; Thailand menyatakan, secara terhad menyokong A.S dan Britain, tetapi berharap masalah Iraq dapat diselesaikan secara damai; Indonesia dan Malaysia secara teguh menentang peperangan; juga terdapat sebahagian negara ASEAN tidak menyatakan pendirian, Kemboja contohnya mengumumkan tidak berkaitan dengan peperangan di Iraq, ASEAN untuk menyelaraskan pendirian pelbagai negara, dan telah menganjurkan Sidang Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN sebelum A.S melancarkan serangan, Perdana Menteri Thailand Thaksin juga secara terbuka menyeru negara anggota ASEAN agar mempunyai pendirian yang sama dalam masalah Iraq.

Menteri Luar Singapura berpendapat walaupun negara anggota ASEAN mempunyai pendirian yang berlainan tentang masalah Iraq tetapi perkara itu boleh difahami, dan ini juga bukan kali pertama negara ASEAN mempunyai sikap yang berlainan dalam masalah antarabangsa, tetapi percanggahan pendapat tersebut sekali lagi mencerminkan perbezaan dalam ASEAN dan integrasi negara sedang menghadapi masalah. Perdana Menteri Malaysia Dato.Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan tidak berpuashati terhadap sebahagian negara ASEAN yang menyokong A.S melancarkan peperangan terhadap Iraq.

Tentang hubungan antara ASEAN dan China, peperangan Iraq di samping menyediakan peluang meningkat dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak tersebut, juga mengakibatkan cabaran.

Pertama, peperangan di Iraq membolehkan A.S menguasai minyak di Timur Tengah, ini telah memberi kesan negatif tentang keselamatan sumber China, sumber minyak dan gas asli yang kaya di Laut China Selatan yang mempunyai kesan strategi yang lebih penting lagi. China akan mematuhi “Peristiharan Pelbagai pihak di Laut China Selatan” yang dimeterai oleh China dan pelbagai negara ASEAN di Penom Phen Kemboja pada bulan November tahun 2002, memelihara hak dan kepentingan berdaulat China dan menjamin perdamaian dan kestabilan Laut China Selatan, ini memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan hubungan jiran bersahabat yang saling percaya antara China dan ASEAN.

Kedua, hubungan antara A.S dan Indonesia, Malaysia menjadi buruk akibat perang Iraq, oleh sebab A.S merupakan rakan perdagangan dan sumber pelaburan yang penting bagi ASEAN, Indonesia, Malaysia dan negara berkenaan percaya akan meningkatkan kerjasama ekonomi dengan China dan Kesatuan Eropah. Ini akan mendorong kerjasama ekonomi antara China dan ASEAN, dan juga menguntungkan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China dan ASEAN.

Perang Iraq juga telah memberi pengaruh yang penting tentang hubungan antara ASEAN dengan negara kuasa besar di rantau yang lain termasuk A.S, Australia, Britain, Jepun dan lain-lain. Khususnya pertentangan antara negara tersebut dengan Indonesia dan Malaysia yang menentang dengan teguh peperangan akan lebih buruk lagi.

Kes letupan bom di Pulau Bali menguntungkan A.S mendesak Indonesia memihak kumpulan antikeganasan, tetapi perang Iraq telah menjejaskan rancangan A.S tersebut. Kerajaan Indonesia mengutuk tindakan A.S yang tanpa mandat Bangsa-bangsa Bersatu melancarkan peperangan terhadap Iraq, ini kerana ia melanggar undang-undang antarabangsa; Malaysia yang pernah mendapat pujian daripada Presiden A.S George.W.Bush kerana menyokong antikeganasan, tetapi kali ini secara tegas menentang peperangan A.S terhadap Iraq.

Filipina yang secara teguh menyokong A.S dalam masalah Iraq juga mengalami peristiwa tunjuk perasaan anti-A.S di Manila pada 2 April 2003, Thailand yang sudah lama bersahabat dengan A.S juga terdapat beberapa hotel menolak pelancong A.S menginap di tempat mereka, untuk membantah tindakan A.S menyerang Iraq.

Walaupun A.S tidak sama sekali bersabar dengan sikap Indonesia dan Malaysia, tetapi ASEAN dan A.S tidak akan berpisah secara terbuka.

Setelah Peristiwa “11 September”, ASEAN dan Australia meningkatkan kerjasama dalam bidang antikeganasan, kes letupan bom di Pulau Bali pada 12 Oktober tahun 2002 telah menjejaskan hubungan kedua-dua pihak tersebut. Walaupun Australia menganggap peperangan Iraq tidak akan menjejaskan tindakan antikeganasan di Asia Tenggara dan hubungan antara Australia dan negara Islam termasuk Indonesia, tetapi rakyat dan kerajaan Indonesia sangat tidak berpuas hati tentang pendirian Australia yang menyokong A.S dan menghantar 2 ribu orang tenteranya menyertai perang Iraq.

----ANDIKA