|
Sekarang, ilmu perubatan tradisional semakin hari semakin diperhatikan oleh dunia. Pada pertengahan Mei tahun 2002, Persidangan Kesihatan Dunia ke-55 telah diadakan di Geveva Swiss. Dalam persidangan itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) mengumumkan melaksanakan strategi sejagat ilmu perubatan tradisional menggalakkan perkembangan ilmu perubatan tradisional. Ilmu perubatan tradisional China mempunyai kedudukan yang penting dalam bidang ilmu perubatan tradisional dunia.
Ilmu perubatan tradisional merupakan sebahagian yang penting dalam tamadun manusia. Dalam proses berjuang dengan penyakit, pelbagai kaum secara beransur-ansur menubuhkan sistem perubatan masing-masing. Ilmu perubatan tradisional pernah memberi sumbangan yang penting untuk kemakmuran pelbagai suku kaum, hingga sekarang, banyak ilmu perubatan tradisional masih tetap memainkan peranan yang positif.
Laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menyatakan bahawa jumlah konsumsi dalam pasaran perubatan tradisional sejagat mencapai 60 bilion Dolar Amerika setiap tahun. Sekarang, terdapat 80% rakyat Afrika dengan kaedah perubatan tradisional, manakala di China, Korea Utara, Korea Selatan dan Vietnam, ilmu perubatan tradisional telah dimasukkan ke dalam sistem penjagaan dan rawatan perubatan.
Ilmu perubatan tradisional China telah mempunyai sejarah lebih 5000 tahun dan merupakan sebahagian komponen dalam kebudayaan tradisional China. Bekas Menteri Kesihatan China Zhang Wenkang pernah menegaskan, prinsip China tentang ilmu perubatan tradisional ialah melindungi dan mengembangkannya. Kami menganggap ilmu perubatan tradisional dengan ilmu perubatan moden dari barat saling melengkapi dapat dengan lebih baik berkhidmat kepada rakyat.
China mempunyai banyak suku bangsa, banyak etnik telah menubuhkan ilmu perubatan masing-masing yang istimewa kerana tempat tinggal, kebudayaan dan unsur yang lain berbeza-beza. Perubatan tradisional China termasuk ilmu perubatan pelbagai etnik di China, terutama perubatan tradisional bangsa Hanzu, etnik Zhuangzu, Mongol, Tibet, Vygur dan lain-lain. Oleh kerana semua memakai tumbuh-tumbuhan dan haiwan, maka cara perubatan tradisional China mempunyai ciri-ciri alamiah dan kesan sampingannya sangat kecil. Dengan perlindungan kerajaan China, ilmu perubatan tradisional China telah berkembang secara sihat, sekarang, terdapat lebih 2500 badan rawatan perubatan di seluruh China menggunakan cara perubatan tradisional, cara perubatan tradisional menempati lebih kurang satu pertiga dalam pasaran perubatan China.
Dalam ilmu perubatan tradisional China, perubatan tradisional etnik Hanzu paling diperhatikan dengan kelebihan bidang penggunaannya sangat luas, cara pengubatan bermacam-macam dan kesannya sangat nyata. Sekarang, di kebanyakan terbesar kaunti di seluruh China telah menubuhkan rumah sakit perubatan tradisional China dan jumlah pekerja telah mencapai 550 ribu orang.
Kaunti Wuzhai terletak di provinsi Shanxi China, rumah sakit perubatan tradisional China di kaunti itu telah ditubuhkan selama 12 tahun, sehingga sekarang, rumah sakit itu telah menerima pesakit berjumlah lebih 300 ribu orang. Ketua pengarah hospital itu encik Li Guanglin telah memperkenalkan sebab cara perubatan tradisional China mendapat sambutan yang baik di tempat itu. Beliau berkata: “kadar penyakit ginekologi obstetrik antara wanita yang sudah sampai umur beranak mencapai 40%, tentang penyakit tersebut, rumah sakit kami mempunyai banyak cara pengubatan dan kesannya sangat baik. Pesakit wanita sangat suka diubati di rumah sakit kami. Di samping itu, pesakit saluran darah otak dan jantung di tempat kami agak ramai, kami juga menubuhkan unit yang berkenaan, cara perubatan tradisional China mempunyai keistimewaan dalam bidang ini dan kesannya juga lebih baik daripada cara perubatan barat. Kami juga mencapai kesan yang baik dalam pengubatan penyakit hati. Ramai pesakit sudi datang ke rumah sakit kami.”
Selain daripada ilmu perubatan tradisional China, ilmu perubatan tradisional etnik yang lain juga berkembang pesat. Misalnya ilmu perubatan tradisional etnik Tibet digunakan semakin hari semakin meluas dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Di provinsi Jilin di timur laut China, ilmu perubatan tradisional etnik Chaoxian juga berkembang pesat. Dalam belasan tahun ini, terdapat lebih 300 ribu pesakit menerima rawatan dengan cara perubatan tradisional etnik Chaoxian. Seorang doktor dari rumah sakit etnik Chaoxian tempatan yang bernama Cui Haiying memperkenalkan bahawa terdapat banyak cara pengubatan yang istimewa dalam ilmu perubatan etnik Chaoxian, dan sekarang telah digunakan secara meluas, khususnya untuk mengubati penyakit kencing manis, hepatitis dan menopaus, kesannya sangat baik.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menggunakan ubat alamiah sangat popular, cara perubatan tradisional semakin hari semakin diterima oleh rakyat sedunia. Ilmu perubatan tradisional China di samping berkhidmat untuk rakyat China, juga telah disambut di luar negeri. Misalnya sebahagian doktor etnik Mongol dan Tibet atas undangan telah menjalankan pengubatan di luar negeri. Agensi pengubatan tradisional China telah ditubuhkan di lebih 120 negara.
(---ANDIKA)
|