Sejak tahun 1990-an, jenayah secara berkumpulan antarabangsa semakin hari semakin serius, pelbagai sindiket saling bersubahat, kesan negatif terhadap masyarakat antarabangsa semakin hari semakin serius. Berdasarlan keadaan sekarang, dalam jenayah berkumpulan antarabangsa, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, dan menghalalkan duit gelap paling serius, selain itu, masalah pendatang haram berkembang paling pesat, penyeludupan manusia melalui pelbagai cara telah membawa keuntungan haram berjumlah 20 bilion Pound setiap tahun.
Seiring dengan perkembangan globalisasi, pemastautin antarabangsa semakin hari semakin ramai, penyeludupan manusia semakin hari semakin serius di merata tempat di dunia. Masalah tersebut di rantau Asia tenggara lebih serius lagi. Dalam 10 tahun lepas, penyeludupan pendatang haram sudah menjadi kegiatan jenayah melangkau negara yang berkembang paling pesat di Asia tenggara, semua negara di Asia tenggara telah secara serius terjejaskan dengan masalah tersebut.
Terdapat 2 kategori utama penyeludupan pendatang haram di Asia tenggara, pertama, menyeludup kaum wanita dan kanak-kanak. Kedua, pendatang haram. Di rantau Asia tenggara, pendatang haram biasanya melalui cara penyeludupan. Terdapat pendatang haram dari rantau ini, misalnya pendatang haram dari Indonesia dan Filipina pergi ke Malaysia dan Thailand; dan juga terdapat pendatang haram dari Afganistan, Iraq, Pakistan dan negara yang lain melalui negara Asia Tenggara memasuki Australia dan New Zealand.
Orang yang diseludup dari Asia Tenggara terutamanya dihantar ke 2 destinasi: pertama, negara atau kawasan di luar Asia Tenggara. Misalnya A.S, Eropah barat, Jepun, Australia, negara penghasilan minyak di kawasan teluk. Kedua, dihantar ke negara yang keadaan ekonominya lebih baik di Asia Tenggara termasuk Brunei Darussalam, Thailand atau Malaysia.
Masalah pendatang haram di Asia Tenggara semakin hari semakin serius itu mempunyai banyak sebab. Perubahan pola politik antarabangsa merupakan faktor luaran, situasi politik dan ekonomi Asia Tenggara tidak stabil dalam tahun-tahun kebelakangan ini merupakan faktor dalaman, keuntungan yang besar daripada penyeludupan manusia, daya pembanterasan terhadap pendatang haram kurang tinggi, kesemua sebab ini telah mengakibatkan masalah pendatang haram di Asia Tenggara semakin hari semakin serius.
Masalah pendatang haram yang semakin hari semakin serius di Asia Tenggara telah menjejaskan hubungan antara negara di Asia Tenggara dengan negara rantau yang lain, dan telah mengakibatkan banyak malapetaka kemanusiaan, masalah pendatang haram di rantau Asia Tenggara sudah menjadi masalah yang bukan sahaja bagi rantau ini, tetapi juga telah menimbulkan perhatian yang tinggi daripada negara rantau yang lain.
Masalah pendatang haram di negara Asia Tenggara mengakibatkan hubungan antara negara Asia Tenggara dengan negara berjiran lebih sensitif dan rumit, malah telah mengakibatkan persengketaan antarabangsa yang sengit. Terdapat ramai pendatang haram dari Indonesia pergi ke Australia, mengakibatkan hubungan antara kedua-dua negara tersebut pernah tegang. Australia menganggap ramai pendatang haram memasuki Australia akan menjejaskan kerja antikeganasan di negara itu, dan meningkatkan pergolakan masyarakat Australia, menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau.
Penyeludupan manusia nescaya akan mengakibatkan tragedi, kalau tidak membanteras penyeludupan manusia, kes tragedi yang besar nescaya akan berlaku pada suatu hari nanti, ramai pendatang haram akan menjadi korban.
Menghadapi situasi yang serius masalah pendatang haram di Asia Tenggara, negara di Asia Tenggara harus dengan cepat mengambil tindakan, secara asas menyekat penyeludupan manusia. Sekarang, negara Asia Tenggara sudah secara aktif mengambil tindakan untuk membanteras penyeludupan manusia. Terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan antara kerajaan, badan kerajaan dan pertubuhan hak asasi manusia telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk membanters penyeludupan manusia, termasuk dua formula, iaitu kerjasama dua hala dan kerjasama banyak hala serantau.
Indonesia mempunyai pantai yang panjang dan kekurangan dana, ia menyeru negara di sekitarnya memberi kerjasama, untuk menyelesaikan masalah pendatang haram, kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk memperluas perjanjian membawa pulang pendatang haram negara tersebut di Australia.
Dalam bidang perlindungan terhadap mangsa, Kementerian Dalam Negeri Kemboja, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan telah menubuhkan sebuah badan khas, memberi latihan kepada polis untuk mengadakan penyelidikan terhadap aktiviti penyeludupan manusia. Kerajaan menyertai tindakan untuk melindungi mangsa, supaya mangsa dapat pulang dan diterima dalam masyarakat.
Selain kerjasama dua hala, kerjasama banyak hala rantau juga merupakan tindakan yang penting untuk membanteras penyeludupan manusia.
Untuk meningkatkan daya pembanterasan penyeludupan manusia dan jenayah melangkau negara, kerajaan Indonesia dan Australia pada Februari tahun 2002 telah bersama-sama menganjurkan sebuah sidang serantau, buat kali pertama mengundang menteri dari 52 negara sumber negara, transit dan destinasi penyeludupan manusia. Wakil dari rantau Asia-Pasifik dan Timur Tengah dengan kata sepakat berpendapat bahawa membasmikan jenayah penyeludupan manusia hanya boleh dicapai melalui cara kerjasama secara menyeluruh. Sidang kali itu sangat berkesan dan telah mencapai banyak hasil. Ini telah menunjukkan hasrat yang tinggi masyarakat antarabangsa dan negara Asia Tenggara untuk membanteras penyeludupan manusia. Pada November tahun 2002, China dan negara ASEAN telah mengemukakan “Peristiharan Bersama Kerjasama dalam Bidang Keselamatan Bukan Tradisional China dan ASEAN”, memerhatikan masalah keselamatan bukan tradisional termasuk penyeludupan manusia, dan berpendapat masalah itu telah menjadi unsur yang penting yang menjejaskan keselamatan rantau dan antarabangsa, dengan yang demikian telah melaksanakan kerjasama yang menyeluruh antara China dengan ASEAN dalam bidang keselamatan bukan tradisional.
----Andika
|