China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2003-09-26 22:50:46    
Masjid di China

CRI
Agama Islam yang berkembang di China telah melebihi 1300 tahun dan kebudayaan Islam di China merupakan sebahagian daripada kebudayaan China. Terdapat lebih 20 juta penduduk dalam 10 suku bangsa yang beragama Islam, termasuk etnik Huizu, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan lain-lain. Penduduk Islam tinggal di merata tempat di China, dan ramai yang tinggal secara berkumpulan di bahagian barat laut China, termasuk provinsi Gansu, Qinghai, Shanxi, Wilayah Autonomi Xinjiang dan Wilayah Autonomi Etnik Huizu Ningxia.

Masjid di China selain untuk saudara Islam bersolat, juga merupakan salah satu bentuk binaan yang penting di China. di seluruh negeri China, terdapat sebanyak lebih 20 ribu masjid. Seni bina masjid di China berubah seiring dengan peralihan zaman, masjid yang dibina pada pelbagai zaman mempunyai corak seni bina yang berlainan.

Semasa agama Islam baru berkembang di China pada zaman dinasti Tang, masjid lebih banyak mempunyai seni bina Arab, dan pengaruh seni bina China masih kurang. Pada waktu itu, kebanyakan masjid terletak di pelabuhan atau bandar pusat politik dan ekonomi. Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou provinsi Guangdong yang dibina pada zaman itu merupakan masjid yang tertua di China. Masjid yang dibina pada zaman dinasti Song yang masih ada sekarang sudah tidak banyak, masjid “Qingjingsi” di bandar Quanzhou provinsi Fujian sangat terkenal. Masjid itu masih mempunyai seni bina Arab dan banyak menggunakan batu. Jumlah masjid yang dibina pada zaman dinasti Yuan adalah paling banyak dalam sejarah, selain mengekalkan seni Arab, reka bentuknya telah mula menerima sebahagian seni bina China, masjid yang dibina dengan rangka kayu dan tidak berkubah telah muncul. Masjid dibina pada zaman itu yang masih ada dan terkenal ialah masjid “Zhenjiaosi” di bandar Hangzhou. Zaman dinasti Ming dan Qing merupakan zaman perkembangan yang pesat masjid di China. masjid di China telah secara beransur-ansur menggunakan seni bina China di luar, dan mengekalkan hiasan seni bina Arab di bahagian dalam masjid. Pada abad ke-20, seiring dengan kebudayaan barat masuk ke China, sebahagian masjid yang dibina pada zaman itu telah menerima seni bina barat. Masjid “Xiao Taoyuan” adalah contohnya.

Masjid Niujie di Beijing

Masjid Niujie terletak di kawasan penduduk Islam di daerah Xuanwu bahagian selatan Beijing. Masjid itu dibina pada tahun 960 Masihi. Pada waktu itu, seorang Sheikh dari Arab datang ke Beijing untuk mengembangkan agama Islam, maharaja hendak memberi pangkat kepada beliau, tetapi beliau menolak dan memohon membina sebuah masjid. Msjid itu sangat kecil semasa ia baru dibina, selepas diperbaiki dan diperluaskan pada dinasti Ming dan Qing, masjid itu sudah terkenal di China. maharaja Kangxi pada dinasti Qing telah memberi nama untuk masjid itu.

Masjid itu seluas lebih kurang 6000 meter persegi, pembinaannya bercorak seni bina tradisional China dan seni bina Arab, dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Balai solat merupakan bangunan utama dalam masjid itu, luasnya lebih 600 meter persegi, boleh menampung 1000 orang umat Islam untuk solat berjemaah, dalam balai itu, terdapat 18 tiang dan 21 pintu gerbang yang dilapisi emas, dan dihiasi surah Al-Quan dan ayat yang memuji Tuhan. Di sebelah kiri dan kanan balai solat, terdapat dua buah tugu yang mencatat sejarah masjid itu dalam bahasa Mandarin dan Parsis. Selain itu, dalam masjid itu juga terdapat dua buah bilik kuliah yang mengajar agama Islam, sebuah bangunan Azan, tempat Wuduk untuk lelaki dan perempuan, bilik perhimpunan dan bilik tetamu. Di bahagian tenggara masjid itu, terdapat dua makam Sheikh, kedua-dua Sheikh itu datang ke negeri China untuk mengembangkan agama Islam dan meninggal dunia di sini pad abad ke-13.

Di masjid itu, masih tersimpan satu edik daripada majaraja Kangxi dinasti Qing pada tahun 1694. khabarnya sempena Hari Raya, suasana masjid itu sangat meriah, lampu menyala sepanjang malam, penganut Islam ramai datang untuk bersolat. Ada orang melaporkan kepada maharaja Kangxi dan mefitnahkan orang Islam, umat Islam berkumpul waktu malam dan berpisah pada waktu subuh, mereka akan mengadakan pemberontakan”, maharaja untuk mengetahui kebenarannya, memakai baju biasa dan datang ke masjid itu, baginda mengetahui saudara Islam sembahyang dengan setia, suasana sangat aman sentosa dan tiada huru-hara. Selepas pulang ke istana, baginda telah mengeluarkan edik yang menyatakan, sesiapa yang memfitnahkan saudara Islam lagi, tak kira pegawai atau rakyat jelata, boleh dibunuh dahulu, baru laporkan kepada maharaja, dan saudara Islam di China taat setia kepada agama Islam. Edik itu masih disimpan di masjid itu sehingga sekarang.

Umat Islam solat 5 kali setiap hari, terdapat 200 hingga 300 orang Islam datang ke masjid itu untuk sembahyang. Pada waktu Hari Raya atau hari raya Korban, seramai lebih 3000 hingga 4000 orang datang bersolat di sana.

Selepas China baru ditubuhkan, kerajaan pada tahun 1955 memberi peruntukan untuk memperbaiki masjid itu. Tetapi pada zaman Revolusi Besar Kebudayaan, masjid itu telah ditutup dan dirosak secara teruk, pada tahun 1978, kerajaan China melaksanakan dasar etnik dan agama, dan memberi peruntukan lagi untuk memperbaiki masjid itu.

Sekarang, di masjid itu, terdapat 10 orang Imam, antaranya 3 orang Imam ialah orang tua, yang lain semua generasi muda yang lulus dari Universiti Islam China. sekarang, pelancong asing atau saudara Islam dari provinsi lain atau negara lain yang datang untuk melawat atau bersolat di masjid itu semakin hari semakin ramai.

Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou

Masjid “Huaisheng” yang secara umumnya dipanggil masjid “Guangta” oleh penduduk di sana . ia merupakan salah satu daripada 4 masjid yang terkenal di China dan merupakan masjid yang tertua di China. Pada Dinasti Tang, bandar Guangzhou merupakan pelabuhan utama perdagangan luar, saudara yang kaya dari Arab banyak yang tinggal di bandar itu, mereka dengan sokongan kerajaan tempatan membina masjid itu. Kawasan pembinaan masjid itu seluas 1553 meter persegi, balai solat seluas 400 meter persegi. Tiangnya diukir dengan ukiran bunga, singa, ikan, paying dan lain-lain dan sangat cantik kelihatannya. Dalam masjid itu, terdapat sebuah menara yang sangat termasyhur di China dan luar negeri, menara itu berbentuk bulat dan dibina dengan batu bata, di atapnya ada sebuah patung ayam emas. Pada Dinasti Ming, patung ayam itu sering kali terjatuh kerana angin kencang, dan akhirnya atapnya diubah bentuknya kepada bentuk Zaiton. Menara itu mempunyai kedudukan yang penting dalam sejarah pembinaan China. terdapat 6000 penduduk di sekitar masjid itu sering menunaikan sembahyang. Masjid itu juga menyimpan lebih 40 buah tugu yang diukir dalam bahasa Mandarin dan Arab. Sekarang, masjid itu sering dikunjung oleh tetamu dari luar negeri yang datang melawat atau bersolat. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masjid itu juga menguruskan rombongan melawat ke Iran, Malaysia dan negara-negara yang lain. semasa ekspo diadakan di Guangzhou pada musim bunga dan musim gugur, oleh sebab masjid itu berdekatan dengan tempat ekspo dan sangat terkenal, saudagar dari luar negeri yang menyertai ekspo semua berkumpul di sana untuk makan, sembahyang dan bersalam, suasana sangat meriah.

Sekarang masjid di China semakin hari semakin banyak, banyak masjid telah dilindungi oleh kerajaan sebagai kesan sejarah dan tempat suci. Saudara Muslim hidup bersatu padu dengan etnik yang lain, bersama-sama memberi sumbangan dalam pembangunan negara.

----Ji Hui