Dalam bebrapa tahun kebelakangan ini, masyarakat menganggap Chen Yi Fei sebagai seorang pengantara kesenian melalui filem, manakala beliau menganggap dirinya sebagai seorang artis yang boleh dinilai. Pada tahun 1990-an, lukisan cat minyak yang dilukis oleh Chen Yi Fei telah dijual dengan harga yang tinggi dalam lelongan karya pelukis China pada zaman ini. Filem-filem yang diarahkannya telah memperoleh anugerah tempatan dan luar negara, manakala jenama pakaian yang direka oleh beliau telah mendapat sambutan masyarakat dari semasa ke semasa. Sebuhungan dengan itu, Chen Yi Fei berkata, “ seni adalah keindahan dan keindahan adalah kesenian. Saya sentiasa berpegang kepada falsafah itu. Apa yang hendak dilukis dan taktik apa yang akan digunakan, ini semata-mata satu kaedah sahaja dan yang penting sekali ialah mesejnya.”
Chen Yi Fei kini berumur 56 tahun dan dilahirkan di Bandar Ningbo Provinsi Zhejiang China. Beliau lulusan Kolej Kesenian Shangahai pada tahun 1965. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beliau telah menghasilkan karya cat minyak yang terkenal, antara lain “ Kepujian Sungai Kuning”, “Menawan Pejabat Presiden” dan “ Berjalan-jalan”. Pada tahun 1980, Chen Yi Fei mengikuti pengajian di Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah sarjana kesenian pada atahun 1984. Sejak itu, beliau berkecimpung dalam bidang lukisan cat minyak serta mengadakan pameran solo di Washington, New York dan Tokyo.
Karya lukisan Chen Yi Fei pernah banyak kali ikut serta dalam pelelongan yang diadakan di Hong Kong dan tanah besar China. Lukisan cat minyak yang berjudul: “ Peninggalan Keindahan Xunyang” yang dilelong di Hong Kong pada tahun 1991 telah dijual dengan harga 1.35 juga dolar Hong Kong dan telah membaharui rekod harga pelelongan tertinggi bagi pelukis China pada zaman ini. Pada tahun 1985, Akhbar “ The New York Times” telah mengulas gaya lukisan beliau yang memadukan realisme dengan romantisme dan membolehkan masyarakat awal teringat akan pelukis terkenal Eropah.
Chen Yi Fei berkata, “ saya amat gembira, apabila orang lain menyebut saya pelukis romatik. Saya sangat cinta akan kehidupan dan berminat akan perkara-perkara yang baru, lebih-lebih lagi tentang muzik, tarian, drama dan filem”.
´Impian Lama Maritim” merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Chen Yi Fei pada tahun 1992. Beliau menceritakan dunia insani berdasarkan pandangan pelukis dan telah dijadikan sebagai contoh filem berkonsepkan China. Dua tahun kemudian, beliau telah mengarahkan sebuah filem yang bertajuk: “ Usia Lanjut”. Filem itu menceritakan kehidupan silam di Shanghai China dan pernah memperoleh anugerah dalam pesta filem antarabangsa Ghana Perancis dan pesta filem kuda emas Taiwan. Selepas itu, beliau telah mengarahkan sebuah filem dokumentari berjudul: “ Melarikan Diri ke Shangahai”. Filem itu telah menceritakan orang Yahudi melarikan diri dari Eropah ke Shanghai dalam perang dunia ll.
Sejak kanak-kanak, Chen Yi Fei amat gemar akan filem. Beliau menyebut penggambaran filem bertujuan untuk menunaikan cita-cita luhurnya. Beliau berkata, “ menurut hemat saya bahawa penggambaran filem merupakan satu perkara yang menarik dan boleh mengekspresikan sesuatu yang tidak dapat dilukiskan melalui adegan-adegannya. Saya sentiasa berminat melakukan penggambaran filem dan boleh dikatakan bahawa penggambaran filem merupakan satu cabaran baharu bagi saya”.
Pada tahun 1997, Chen Yi Fei telah menubuhkan Syarikat Pakaian Yi Fei dan kini terdapat 5 jenis jenama pakaian yang dijual di lebih 100 buah kedai di Shanghai, Beijing, Guangzhou dan lain-lain. Pada September tahun 1998, “ Vogue, majalah fesyen Amerika Syarikat yang terkenal di dunia telah menerbitkan rencana tentang jenama pakaian Yi Fei. Ini merupakan majalah berwibawa dari luar negara buat kali pertama melaporkan tentang jenama pakaian China.
Chen Yi Fei berpendapat bahawa baik lukisan ataupun penggambaran filem boleh mengubah seseorang laksana pakaian, kerana pakaian dianggap sebagai kesenian yang bergerak.
Sebagai seorang usahawan, Chen Yi Fei sibuk dengan perniagaan, malah beliau masti melukis dua lukisan setiap bulan untuk mengekalkan bakatnya sebagai seorang pelukis. Menurut hemat Chen Yi Fei bahawa kejayaan beliau berkat sokongan keluarganya. Ibu beliau ialah seorang yang murah hati dan telah membentuk peribadi murni beliau.
----Fang Weibang
|