Menurut berita CRI, Jurucakap Kementerian Luar China Zhang Qiyue hari ini di Beijing menyatakan, pertemuan pemimpin China-Jepun mamainkan peranan yang penting untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara tersebut.
Beliau menyatakan, pemimpin kedua-dua negara China-Jepun telah mengadakan pertemuan dalam tempoh Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC. Dalam pertemuan tersebut, Presiden Hu Jintao telah secara terperinci menghuraikan pendirian China untuk selanjutnya mendorong hubungan China-Jepun berkembang secara stabil dan sihat.
|