Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-17 12:31:26    
Sukan Tenis China Berkembang Maju

CRI
Sukan tenis China telah mencapai kemajuan yang besar pada tahun 2004. Pemain tenis wanita China telah berjaya melayakkan diri ke lapan tempat teratas dalam Pertandingan Terbuka Australia, Li Ting dan Sun Tiantian telah meraih pingat emas dalam pertandingan tenis acara beregu wanita Sukan Olimpik Athens. Pada penghujung tahun lalu, pemain China, Li Na telah menjadi johan dalam Jelajah WTA yang diadakan di Guangzhou China. Beliau johan pertama China dalam pertandingan Jelajah WTA. Sukan tenis China mencapai kejayaan besar pada tahun 2004 dan bagaimana perkembangan sukan tenis China pada tahun 2005?

Kejayaan China dalam sukan tenis bermula dari Pertandingan Terbuka Australia pada awal tahun 2004. Pada 17 Januari 2005, Pertandingan Terbuka Australia dirasmikan. Pemain perseorangan tenis China telah mencapai kemajuan besar dalam pertandingan kali ini.

Di arena tenis, pencapaian acara perseorangan lebih diutamakan kerana acara beregu berdasarkan acara perseorangan. Kedudukan para pemain beregu ATP dan WTA juga berdasarkan kedudukan perseorangan mereka. China telah mencapai kemajuan yang besar dalam acara beregu dalam pertandingan tenis pada tahun lalu dan Sukan Olimpik Athens. Walaupun China mencapai kemajuan, tetapi ini tidak mencerminkan kekuatan sebenar China di arena tenis antarabangsa. Ketua Jurulatih Pasukan Tenis Negara China, Jiang Hongwei berkata,

"Setelah pemain China meraih pingat emas dalam pertandingan tenis acara beregu wanita, tekanan sukan tenis China menjadi lebih besar. Orang awam berpendapat bahawa taraf tenis wanita China sangat tinggi. Tetapi ini merupakan salah-tafsir. Sukan tenis China semakin mendekati taraf dunia dan jurang perbezaan sukan tenis China dengan negara yang mengungguli sukan itu masih agak besar. Saya berpendapat bahawa taraf tenis sesebuah negara ditentukan dalam acara perseorangan tetapi bukan acara beregu. China mesti meningkatkan taraf acara perseorangan kita."

Para pemain China sedang membuktikan kenyataan Jiang Hongwei dengan pencapaian mereka. Dalam Pertandingan Terbuka Australia tahun ini, seramai lima orang pemain China telah menyertai pertandingan acara perseorangan. Walaupun hanya Li Na dan Peng Shuai melayakkan diri ke pertandingan pusingan kedua, kemenangan ini lebih baik berbanding tahun lalu.

Kemajuan pesat sukan tenis China bergantung kepada profesionalisme. Para pemain tenis China mencapai kemajuan dan kemenangan besar dalam tempoh setahun lalu, ini sanggat menggembirakan Jiang Hongwei, Ketua Jurulatih Pasukan Tenis China. Beliau berkata,

"Pada masa dahulu, kita hanya ada satu atau dua orang boleh mencapai kemenangan dalam pertandingan antarabangsa, dan sekarang kita ada sekumpulan pemain yang unggul. Contohnya antara 10 orang pemain terbaik dunia, Rusia mempunyai 4 hingga 5 orang dan ia menjadi negara yang unggul dalam sukan tenis. Pada masa ini, antara 100 orang pemain terbaik, terdapat 4 hingga 5 orang pemain China, kadar kemenangan China juga semakin meningkat."

Kemajuan sukan tenis China telah menarik perhatian arena tenis dunia. Pemain unggul A.S., Venus Williams berpendapat, Peng Shuai merupakan pemain tenis yang unggul. Pihak media Australia juga meramalkan bahawa pemain China akan menjadi johan acara perseorangan wanita dalam Grand Slam dalam tempoh empat tahun akan datang.

Dengan sanjungan itu, para jurulatih dan pemain tenis China mengekalkan perasaan tenang di samping berasa gembira. Taraf tenis lelaki China agak rendah berbanding taraf tenis wanita China di arena antarabangsa.

Walau bagaimanapun, sukan tenis China sudah memasuki tempoh perkembangan pesat. Kalangan tenis China juga berkeyakinan penuh atas masa depan mereka. Dalam Pertandingan Terbuka Australia, walaupun Peng Shuai dikalahkan oleh Venus Williams, tetepi Peng Shuai berkata,

"Ini kali pertama saya bertanding di Gelanggang Pusat. Saya percaya ini bukan kali terakhir."

----Wang Jin