Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-31 15:32:52    
Cara Pencegahan Penyakit Akibat Memelihara Binatang Kesayangan

CRI

Pada masa ini, semakin ramai orang memelihara binatang kesayangan di rumah mereka, antaranya kucing, anjing dan lain-lain. Akan tetapi mereka harus berwaspada terhadap penyakit akibat memelihara binatang kesayangan itu.

Encik Qin Liang yang berusia 60 tahun berasa sesak nafas baru-baru ini. Setelah menjalani X-ray di hospital, beliau didapati mengalami radang paru-paru. Setelah mendapat pemeriksaan lanjutan, darahnya mengandungi antigen yang berkaitan dengan burung. Sebenarnya, penyakit encik Qin Liang diakibatkan burung nuri yang dipeliharanya. Bulu nuri sentiasa membawa kulat. Apabila nuri terbang, kulat tersebut tersebar di udara. Setelah menyedut udara yang mengandungi kulat, encik Qin Liang mengidap randang paru-paru.

Terdapat ramai orang mengidap penyakit disebabkan memelihara binatang kesayangan. Berdasarkan maklumat, sebanyak kira-kira lebih seratus jenis penyakit manusia diakibatkan penyakit binatang kesayangan. Sebanyak lebih 20 jenis penyakit tersebut merupakan penyakit biasa, antaranya rabies dan psittacosis.

Pegawai penyelidik di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China encik Wang Chengxin memaklumkan,

"Kebanyakan penyakit yang disebabkan memelihara binatang kesayangan merupakan penyakit berjangkit. Binatang kesayangan menjangkitkan penyakit tersebut kepada manusia."

Beliau menyatakan, penyakit tersebut menjejaskan kesihatan manusia dengan serius. Misalnya wabak SARS yang merebak di beberapa negara dan kawasan pada tahun 2003 mungkin disebabkan binatang menjangkitkan penyakit itu kepada manusia; di beberapa negara Asia Tenggara, terdapat manusia mati kerana dijangkiti wabak selesema burung. Pegawai penyelidik di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China encik Shang Qiude menyatakan,

"Binatang kesayangan menjangkitkan penyakit kepada manusia melalui empat saluran utama, iaitu sistem pernafasan, sistem penghadaman, tersentuh dengan kulit dan serangga mengisap darah."

Sehubungan dengan itu, pengurusan binatang kesayangan harus ditingkatkan. Akan tetapi, kebanyakan pemelihara binatang kesayangan tidak tahu bagaimana mencegah penyakit. Puan Guo memelihara seekor anjing selama beberapa tahun. Beliau memandikan anjing itu menggunakan syampu untuk mencegah penyakit. Beliau berkata,

"Saya selalu memandikan anjing itu menggunakan syampu yang bermutu tinggi, satu kali seminggu. Saya berpendapat cara itu berkesan."

Sebenarnya, membersihkan binatang kesayangan tidak dapat mengatasi semua masalah kesihatan. Menurut pakar, selain membersihkan binatang kesayangan, pemelihara harus sentiasa menyisir bulunya, menyah virus di kandang binatang itu, membersihkan tahi dan air kencingnya dengan segera; jika mendapati binatang kesayangan mereka mengidap penyakit, pemelihara harus menghantar binatang itu ke klinik haiwan dengan secepat mungkin.

Encik Wang Chengxin menyatakan,

"Saya berpendapat, pemelihara harus mengekalkan kebersihan diri sendiri, jangan berhubung erat dengan binatang kesayangan, menyuntik vaksin dan lain-lain."

----Ching