Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-14 11:29:23    
Cara Baru Menilai Pelajar

Agensi Berita Xinhua China

Pada hujung penggal persekolahan, penilaian sentiasa diadakan terhadap setiap pelajar berdasarkan tingkah laku mereka dalam bidang moral, pelajaran dan sukan. Akan tetapi, cik Guan Xiuyan cikgu yang bertugas di Suruhanjaya Pendidikan Pekan Lancun Bandar Jimo di Provinsi Shandong mengambil cara baru menilai muridnya. Setelah standard penilaian berubah, pada pandangan cikgu Guan Xiuyan, mereka yang sentiasa bertingkah laku biasa sahaja pada masa dahulu menjadi murid yang mempunyai kebolehan tersendiri. Dalam seminar akademi yang diadakan di Provinsi Shandong baru-baru ini, cikgu Guan Xiuyan memaklumkan pengalamannya dan mengemukakan cadangan kepada para cikgu sekolah rendah dan sekolah menengah yang menghadiri seminar itu.

Terdapat kira-kira 50 murid dalam kelas yang diajar oleh cikgu Guan Xiuyan. Pada masa dahulu, cikgu Guan Xiuyan sentiasa menilai setiap murid di kelasnya berdasarkan tingkah laku mereka dalam bidang moral, pelajaran dan sukan pada setiap hujung penggal persekolahan. Lama kelamaan, beliau mendapati, biasanya terdapat kira-kira 1/5 murid berjaya dipilih sebagai murid yang baik dalam bidang moral, pelajaran dan sukan, mereka amat gembira setelah mendapat pujian. Akan tetapi murid yang gagal dipilih sebagai murid yang baik berasa iri hati, putus asa, sedih dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, beliau mulai mengubah cara penilaian, bukan sahaja memuji murid-murid yang berjaya dipilih sebagai murid yang baik dalam bidang moral, pelajaran dan sukan, tetapi juga memuji setiap murid lain jika mereka mempunyai kebolehan lain. Misalnya memuji mereka yang mendapat markah tertinggi, mencapai kemajuan dalam pelajarannya, berkebolehan dalam sukan dan kesenian, bersedia membantu orang lain, bersopan santun, rajin bekerja, bersedia membantu ibu bapa menguruskan rumah tangga, berusaha melindungi alam sekitar dan lain-lain. Pada masa dahulu, hanya terdapat lapan hingga sepuluh murid sahaja di satu kelas digelar sebagai murid yang baik, akan tetapi setelah cara penilaian diubah, setiap murid mendapat kepujian kerana mereka mempunyai kebolehan dan kebaikan tersendiri. Apabila mereka berjaya menjadi murid yang baik, para pelajar berjaya meningkatkan keyakinan mereka terhadap kebolehan sendiri.

Setiausaha Persatuan Pengkajian Pendidikan Kesihatan Psikologi Provinsi Shandong cik Qi Yudu berpendapat, pada masa ini, masalah kesihatan psikologi pelajar semakin serius dan menjadi salah satu tumpuan perhatian masyarakat. Alasannya ialah beban pelajaran terlalu berat, akan tetapi alasan utama ialah ramai pelajar sentiasa tidak mendapat pujian daripada cikgu mereka, tidak berpengalaman mencapai kejayaan dan menyebabkan tekanan perasaan. Beliau berpendapat, kejayaan cikgu Guan Xiuyan membuktikan setiap cikgu harus menilai muridnya dengan cara yang bersesuaian, merancakkan keaktifan setiap murid agar mereka menjadi seorang yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Sama ada murid itu berasa rendah diri atau mempunyai keyakinan terhadap kebolehannya mempengaruhi perkembangannya pada masa depan. Jika kurang keyakinan, mereka bukan sahaja sukar mencapai kejayaan dalam pelajaran atau pekerjaan, tetapi juga tidak bahagia dalam kehidupannya. Cikgu Guan Xiuyan berpendapat, ada cikgu sentiasa mengkritik murid kerana kekurangannya dan tidak memuji murid itu kerana kebolehannya, ini akan menjejaskan harga diri murid itu sehingga murid itu mempunyai masalah dengan orang lain dan masyarakat. Beliau berkata, "Para cikgu harus berusaha agar setiap pelajar meningkatkan keyakinan mereka terhadap kebolehan sendiri dan sentiasa meningkatkan kebolehan, memuji serta menggalakkan para pelajar tersebut."

----Ching