Lukisan Kaum Tani Markit

CRI 2011-09-12 09:57:21

Lukisan petani dihasilkan di Kaunti Markit pada tahun 1970-an. Pada masa itu, kaum tani tidak pernah dilatih teknik melukis. Mereka menghasilkan lukisan sendiri dengan bersahaja. Selepas menyelesaikan kerja-kerja pada siang hari, mereka biasanya meluahkan perasaan sendiri terhadap kampung halaman, pekerjaan dan makhluk menerusi alat lukis yang sederhana dan primitif pada waktu malam. Sekarang, lukisan kaum tani Markit sangat terkenal di seluruh negara, malah ramai pelancong dari Amerika Syarikat, Jerman, Britain dan Perancis khususnya berkunjung ke sini untuk membeli lukisan sebagai koleksi. Kaunti tersebut digelar sebagai "kampung halaman lukisan rakyat pada zaman moden".

Gaya lukisan tersebut dipengaruhi oleh dua unsur yang penting. Pertama, suasana budaya yang istimewa. Sebagai bandar penting dalam Laluan Sutera, Kaxgar sentiasa merupakan pusat budaya yang mengumpulkan inti sari peradaban Greek, India dan China. Dan kedua, suasana alam yang tertutup. Markit terletak di oasis yang dikelilingi oleh padang pasir. Suasana seperti ini membolehkan rakyat mewariskan adat resam yang tradisional malah primitif. Seniman dalam kalangan rakyat juga mengekalkan cara berfikir yang primitif. Dua unsur tersebut menjadikan lukisan kaum tani di sini berlainan dengan lukisan yang profesional dan juga berbeza dengan lukisan petani dari tempat yang lain. Lukisan di Markit banyak yang mempamerkan penanaman pada musim bunga, penuaian pada musim gugur, pertanian, perdagangan di pasaran, nyanyian dan tarian rakyat. Terdapat juga lukisan yang menggambarkan perburuan di hutan dan penternakan. Karya ini menyampaikan ingatan mereka terhadap leluhur Dolan. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China