Groto Kizil

CRI 2011-09-12 09:58:22

Groto Kizil yang digelar sebagai "inti sari kesenian" menjadi terkenal kerana lukisan muralnya yang indah. Ia terletak 7 kilometer dari tenggara Mukim Kizil, Kaunti Baicheng, Xinjiang, dan mula dibina pada abad ke-3 atau ke-4. Terdapat 236 buah groto di sini, dan 135 buah antaranya terpelihara dengan utuh. Ada groto yang digunakan untuk menjelaskan kitab buddha, ada juga groto untuk tempat tinggal dan bertafakur. Groto yang berlainan macam dan gunanya ini dibina menurut prinsip yang tertentu dan membentuk unit satu demi satu yang jarang dilihat dalam sejarah seni bina groto China.


1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China