Ambal Hotan

CRI 2011-09-12 09:58:22

Ambal Hotan terkenal di dalam dan luar negara dengan seni tenunannya yang istimewa. Sejarah ambal Hotan berusia lebih 2,000 tahun dan digelar sebagai "Ambal Timur" serta laris dijual di lebih 20 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun, Itali dan Hong Kong.

Terdapat satu kisah menarik tentang ambal Hotan. Kononnya, seorang tukang tenun diperintahkan oleh Maharaja Khotan untuk menenun sebidang ambal yang besar dalam tempoh sebulan. Dia terus menenun siang dan malam. Anak perempuannya, Gulam pula membantu ayahnya apabila melihat ayahnya begitu letih. Ambal itu akhirnya siap dan diserahkan kepada maharaja menurut jadual. Maharaja begitu gembira selepas melihat ambal yang luar biasa indahnya itu, dan mahu menghadiahi dua beranak tersebut. Namun mereka menolak hadiah berkenaan dan hanya memohon agar Maharaya memansuhkan cukai kutipan di kampung halaman mereka selama tiga tahun. Maharaja terharu oleh perasaan kasih sayang mereka dan memenuhi permintaan tersebut. Penduduk di kampung halaman dua beranak ini belajar teknik menenun ambal dan menamakan ambal mereka sebagai Gulam. Sejak itu, ambal keluaran kawasan Hotan dipanggil Gulam.

Corak dan struktur tenunan ambal Hotan memperlihatkan seni etnik Uygur, dan menjadi hiasan penting rumah etnik Uygur. Bunga, buah, daun dan haiwan selalu dijadikan motif ambal itu. Ambal Hotan pernah menjadi ufti kerajaan tempatan Hotan kepada kerajaan pusat pada Dinasti Qing. Ambal juga dipamerkan di dalam Kota Larangan Beijing.(editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China