Makam Gundik Xiang

CRI 2011-09-12 09:58:22

Makam Gundik Xiang, alias Makam Abakh Khoja, terletak di kampung Kokand, lima kilometer dari timur laut bandar Kaxgar, Xinjiang Selatan. Ia merupakan makam pemimpin agama Islam puak pemakai topi putih, Abakh Khoja dan keluarganya. Makam ini mula dibina pada tahun 1640, seluas 2 hektar, merupakan bangunan makam kuno bergaya Islam yang tipikal.

Makam ini seperti istana yang mewah. Terdapat 58 kubur bagi 72 orang dari lima generasi keluarga Gundik Xiang. Dalam makam ini, terdapat juga dua buah masjid yang besar dan kecil.

Gundik Xiang (1734-1788) merupakan salah seorang gundik bagi maharaja Qianlong (tahun 1711-1799) pada Dinasti Qing, dengan nama asalnya Maimur Azum. Disebabkan tubuh badannya berbau harum sejak kecil, maka dia digelari "Iparhan" dalam bahasa Uygur yang bermaksud "gadis harum". Dia dipilih oleh maharaja Qianlong dan diberikan nama "Gundik Xiang", malang sekali telah meninggal dunia kerana meninggalkan kampung halaman dan tidak menyesuaikan diri dengan iklim di bandar pusat. Kononnya, kerandanya diangkut oleh 124 orang ke kampung halaman selama tiga tahun. Namun, ada yang mengesahkan, kuburnya terletak di Makam Diraja Timur bagi Dinasti Qing di provinsi Hebei hari ini, yang di sini ialah kubur peringatan.

Pengangkutan: Pelancong dapat menaiki bas No. 20 untuk menuju ke Makam Gundik Xiang, atau menumpang taksi dengan bayarannya kira-kira 20 yuan untuk berulang alik. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China