Gunung A-erh-chin

CRI 2011-09-12 09:58:22

Kawasan Perlindungan Alam Sekitar Gunung A-erh-chin terletak di Kaunti Qarkilik, Daerah Autonomi Mongol Bayangol, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia terletak di bahagian tengah Gunung A-erh-chin di sempadan Xinjiang-Tibet, dan setinggi 4000 meter dari paras laut. Ia merupakan kawasan perlindungan paling besar di pergunungan dengan luasnya 45,000 kilometer persegi.

Terdapat banyak spesis haiwan yang hampir pupus di sini, seperti yak liar dan antelop Tibet. Selain itu, banyak burung tinggal di tasik sekitar kawasan ini, dan jumlahnya tidak kalah banding dengan Tasik Qinghai.

Pemandangan di sini indah permai, kerana terdapat padang pasir yang paling tinggi dari paras laut di seluruh dunia, tasik di pedalaman tinggi yang tidak akan beku, dan puncak yang diliputi glasier. Selain itu, banyak mantera bahasa Tibet dikesan diukir pada batu di gunung tersebut.

Disebabkan kawasan itu terletak di tempat yang terpencil dan lalu lintas di sana kurang baik, tambahan lagi ada haiwan liar, pelancong mesti membuat persiapan dengan rapi, dan mendapat kebenaran dan bantuan kerajaan tempatan. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China