Pintu Syurga Artux

CRI 2011-09-12 09:58:12

Pintu syurga terletak di selatan Gunung Tianshan Barat, 75 kilometer dari bandar Artux. Ia digelar oleh majalah Adventure terbitan di Amerika Syarikat sebagai salah satu daripada 25 laluan pengembaraan terbaru di seluruh dunia.

Dalam perjalanan dari kampung Shang Artux ke pintu ini, pelancong akan melalui padang pasir yang luas dan tebing sungai yang sudah kering, lalu mendaki satu cenuram, dan akhirnya akan menjumpai rekahan cenuram yang lebarnya hanya boleh dilalui seorang sahaja. Apabila mendongak ke langit, hanya sejalur garis biru kelihatan. Maka tempat ini dinamakan "langit menjadi sebatang garisan".

Dengan melalui garisan tersebut, pintu batu dan pintu syurga kelihatan di depan kita. Pintu syurga itu berbentuk "n" dengan lebarnya 100 meter dan tingginya lebih 500 meter. Terdapat lubang pada dinding cenuram kanan pintu tersebut, seolah-olah sarang lebah. Bunyi suara dan bunyi pukulan batu akan bergema. Manakala, di dinding cenuram kiri terdapat lukisan.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China