Padang Pasir Yingerlik

CRI 2011-09-12 09:57:50

Padang pasir Yingerlik terletak 22 kilometer dari barat laut bandar Hotan, merupakan sebahagian padang pasir Taklamakan. Yingerlik merupakan destinasi pilihan terbaik bagi mereka yang mahu menikmati pemandangan padang pasir tetapi tidak mahu sia-siakan banyak waktu dalam perjalanan kerana Yingerlik dekat dengan bandar dan mudah dilalui kereta. Padang pasir dapat dilihat dan genta unta dapat didengar di sini.

Dalam perjalanan ke padang pasir itu, anda akan melalui takungan Yingerlik yang jarang terdapat di padang pasir. Air yang jernih menjadikan padang pasir itu dinamik. Terdapat gumuk di bahagian barat takungan itu, yang terdiri daripada kawasan rawatan pasir, kawasan pelancongan untuk menaiki unta dan kawasan rekreasi. Di bahagian utara pula terdapat kolam ikan dan taman. Pemandangan matahari terbit dan terbenam di sini amat mempesonakan.(editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China