Bandar Aksu

CRI 2011-09-12 09:57:45

Kawasan Aksu terletak di barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di sebelah selatan Gunung Tianshan dan sebelah utara Lembangan Tarim. Rupa bumi Aksu amat datar dan sesuai untuk pertanian. Oleh sebab itulah Aksu terkenal sebagai "bandar pengeluar beras dan buah-buahan". Bentuk muka bumi oasis, sungai, padang pasir dan bukit menjadikan pemandangan di sini amat mempesonakan. Destinasi pelancongan di Aksu termasuk Tasik Dalongchi, pemandangan indah di Kizilya, Mata Air Qianleiquan, dan Taman Pokok Ajaib. Selain itu, binaan kebudayaan seperti Groto Kizil, Masjid Kuqa dan tapak peninggalan kota Qiuci yang mempamerkan adat resam Qiuci yang istimewa di Aksu.

Sebagai negeri terkenal di Kawasan Barat pada zaman purbakala, Qiuci juga merupakan salah satu daripada empat markas tentera penting di Kawasan Barat pada zaman Dinasti Tang China. Negeri itu berpusat di oasis Kuqa dan mentadbir wilayah yang meliputi enam pekan dan bandar pada hari ini, iaitu Luntai, Kuqa, Shaya, Baicheng, Aksu dan Xinhe. Agama Buddha berkembang pesat di negeri tersebut, sehingga kuil dan groto dibina dalam jumlah yang besar pada zaman itu. Sebanyak lebih 600 buah groto kerajaan Quici dengan lukisan pada dinding seluas 20 ribu meter persegi terpelihara utuh sehingga kini. Ahli sosiologi terkenal Amerika Syarikat, Morgan menyatakan bahawa kawasan aliran sungai Tarim merupakan buaian budaya dunia. Dengan anak kunci ini, pintu budaya sedunia dapat dibuka. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China