Kaunti Kuqa

CRI 2011-09-12 09:57:45

(Masjid Besar Kuqa)

Kaunti Kuqa terletak di bahagian tengah dan barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Ia terletak di timur Kawasan Aqsu, selatan Gunung Tianshan dan utara Lembangan Tarim. Kuqa yang dahulunya dikenali sebagai Kucha merupakan kota yang penting di Jalan Sutera Lama. Terdapat banyak tapak peninggalan sejarah, kerana budaya China, budaya barat dan budaya asing lain bertemu di sini. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah groto Buddha dan empat buah kota lama di sekitar Kuqa. Adat resam tradisional Kucha yang dipelihara dengan baik menjadikan Kuqa salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Jalan Sutera Lama.

(lukisan dalam groto Kucha)

Kucha merupakan satu-satunya tempat pertembungan budaya India, Greek, Rom, Parsi dan China. Pada abad ke-3, agama Buddha sudah tersebar luas di sini. Pada masa itu, banyak kuil dan groto dibina, serta ukiran dan lukisan dibuat di kawasan Kucha. Disebabkan banyak pertembungan budaya dan mempunyai ciri-ciri yang unik, groto Kucha banyak mempengaruhi seni groto barat dan China. Ia telah menjadi jambatan yang menghubungkan budaya dan seni Buddha Asia Tengah dengan Timur. (editor: Kesuma)

(lukisan dalam groto Kucha)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China