Hotan, Bandar Jed

CRI 2011-09-12 09:58:22

Hotan yang dahulunya dikenali sebagai Khotan terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Hotan merupakan bandar sutera yang gemilang dalam laluan sutera. Batu jed, kuda dan buah-buahan dari bahagian barat disebarkan ke bahagian timur China melalui Hotan.

Jed Hotan, Xinjiang terkenal dalam sejarah kerana kualitinya yang tinggi. Jed Hotan serta jed Lantian Shaanxi, jed Nanyang Henan, jed Jiuquan Gansu dan jed Xiuyan Liaoning digelar "lima jed yang paling terkenal di China". Jed Hotan yang terbentuk di gunung Kunlun merupakan silikat kalsium dan magnesium yang mengandungi air. Ia terdiri daripada jed putih, jed kuning, jed biru dan jed hijau gelap. Jed yang paling terkenal ialah jed putih. Jed Hotan amat tipikal kerana pembentukan dan jenis nrfrit istimewa di seluruh dunia. Kebanyakan nefrit sederhana dan berwarna hijau. Namun, jed Hotan ada banyak jenis. Tambahan lagi, terdapat juga jed putih yang luar biasa. Jed Hotan menjadi unggul kerana mutunya yang tinggi.

Ukiran jed "Maharaja Dayu Mengawal Banjir" yang dibuat menggunakan batu jed gunung Kunlun setinggi 2 meter digelar sebagai "raja dalam jed" dan disimpan di Kota Larangan Beijing. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China