Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan

CRI 2011-09-12 09:58:12

(Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan yang terletak di Dataran Tinggi Pamir)

Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan merupakan salah satu kaunti di Kawasan Kaxgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Taxkorgan bermaksud "kota batu" dalam bahasa Uygur, kerana terdapat kastil batu yang kuno di utara kaunti itu. Ia bermaksud "mahkota" atau "pemakai mahkota" dalam bahasa Tajik.

(wanita etnik Tajik)

Lebih 80% penduduk di kaunti ini ialah etnik Tajik, salah satu daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam di China. (Sembilan etnik minoriti yang lain ialah etnik Bonan, Dongxiang, Kazak, Hui, Kirgiz, Salar, Tatar, Uygur dan Uzbek.)

(kanak-kanak etnik Tajik)

Disebabkan pemandangan alam yang ajaib, kepelbagaian biologi, kewujudan bersama puncak ais dengan padang rumput dan adat resam etnik minoriti yang bercirikan, Taxkorgan digelar sebagai "kampung nyanyian dan tarian" sekian lama, dan menjadi terkenal di seluruh dunia dengan "pemandangan indah aisberg puncak Muztagata" dan "laluan sutera". Aisberg menjulang tinggi dan lembah silang-menyilang dalam kaunti ini. Ada puncak kedua tertinggi di dunia, Chogori yang berparas laut 8,611 meter di selatan, dan ada juga puncak Muztagata (7,546 meter) yang menjadi terkenal dengan gelarannya "bapa aisberg" serta puncak Kongur Tagh (7,649 meter) di utara. Gunung, batu dan bunga yang istimewa dapat dilihat di mana-mana kaunti ini, dan mata air panas, air mineral, tasik, padang rumput ternak menghiasi gunung salji. Di kaunti Taxkorgan, dapat dilihat tapak peninggalan bersejarah 5000 hingga 10,000 tahun, dan juga dapat ditemukan artifak dan tulang manusia pada abad ke-8 hingga ke-5 sebelum Masihi. Tapak peninggalan sejarah, Kota Batu Kuno di sini merupakan rumah penginapan paling besar di Dataran Tinggti Pamir.

Selain itu, terdapat juga tapak peninggalan budaya Zaman Batu Baru yang terpelihara utuh, Perkuburan Xiangbaobao, dan bangunan Dinasti Tang, Kastil Puteri yang mengekalkan adat resam etnik Tajik.

Beratus ribu orang pelancong dari lebih 60 buah negara dan kawasan akan melawat Dataran Tinggi Pamir setiap tahun untuk menikmati keajaiban budaya Tajik tentang helang dan aisberg. (editor: Kesuma)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China