Mencari Bandar Lama Guici di Aqsu

CRI 2011-09-12 09:58:22

Nama kawasan Aqsu berasal dengan air. Nama itu bermakna "Air yang Jernih" dalam bahasa Uygur. Ia terletak di kawasan tengah Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Aqsu di sebelah utara padang pasir Taklamakan. Oleh itu, cuaca di kawasan ini amat kering.

Bandar lama Guici yang sudah diliputi oleh pasir menceritakan kisah Aqsu kepada para pelancong yang berminat kepada kawasan yang indah dan mistik ini. Negeri Guici ditubuhkan pada Zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han, awal Abad ke-2. Bandar lama ini terletak di kawasan tengah Jalan Sutera, oleh itu ia menjadi pusat ekonomi dan budaya antara Barat dengan Timur pada zaman purba. Guici pernah dilantik sebagai pusak politik tempatan oleh kerajaan pusat pada Zaman Dinasti Tang. Penduduk lama di Guici pandai menyanyi dan menari.

Kaunli Kuche merupakan pusat pelancongan di kawasan Aqsu. Bandar Lama Guici terletak di kawasan barat Kuche. Selain itu, Masjid Besar Kuche juga merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di sini. Masjid ini dibina pada Abad ke-16 dan dipugari semula selepas bencana api pada tahun 1931. Masjid Besar Kuche juga merupakan masjid yang kedua terbesar di Xinjiang. Dewan agama di utara masjid merupakan satu kemudahan perumahan agama penting di Xinjiang. Masjid Besar Kuche ialah pusat agama tempatan, beribu-ribu penganut Ialam datang ke sini untuk bersembahayang

Taman Dewa Pokok di Kuche terletak di 1000 meter paras laut. Kira-kira 100 batang pokok yang berumur lebih 1000 tahun di taman ini. Sebuah mata air di atas gunung taman ini dianggap oleh penganut Islam sebagai Air Suci. Setahunya, air ini boleh mengubat penyakit. Ramai penganut Islam melawat tempat ini untuk berziarah pada musim bunga dan musim panas.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China