|
||
Pokok Huyang adalah sejenis pokok yang amat istimewa. Dalam bahasa etnik Uygur, Huyang disebut sebagai "tuohulak" yang bermakna "pokok yang paling cantik", manakala orang etnik Kazak menyebutnya sebagai "yulangtuog", yang maksudnya "pokok seperti khemah Mongol". Menurut pakar perhutanan, Huyang adalah antara beberapa jenis pokok di dunia, yang dilihat sebagai fosil hidup bagi pokok-pokok yang hidup pada zaman dahulu.

Huyang yang kononnya berusia 600 tumbuh di padang pasir. Apa yang lebih menakjubkan ialah batangnya boleh berdiri lebih 1,000 tahun selepas pokok itu mati, dan walaupun tumbang pokok ini tidak akan lapuk dalam tempoh lebih seribu tahun.

Destinasi pelancongan hutan pokok Huyang di Mulei masih mengekalkan wajahnya yang asli.