|
||
Jika berkunjung ke Kampung Hemu, pemandangan yang pertama kelihatan ialah rumah kayu yang tersusun, kumpulan lembu dan kambing meragut rumput. Pemandangan yang berlatarkan puncak gunung salji, hutan, padang rumput, langit yang biru dan awan putih ini membentuk satu pemandangan yang sangat cantik. Rumah kayu telah menjadi identiti orang Tuva. Hampir sebahagian rumah itu ditimbuni tanah untuk mengatasi suhu dingin pada musim sejuk yang hampir setengah tahun.

(Kampung Hemu)
Pemandangan musim gugur di Hemu paling menarik kerana kita dapat menikmati pemandangan yang berwarna-warni. Lantaran itu, Hemu menjadi tempat yang paling sesuai dan digemari oleh jurugambar.