Turpan,Lembangan yang Paras Lautnya Paling Rendah di China

CRI 2011-09-12 09:58:12

Turpan memang daerah terkenal dengan banyak menghasilkan buah-buahan terutamanya anggur.

(memetik anggur yang matang)

Pada setiap penghujung bulan Ogos, Pesta Anggur Turpan akan diadakan di bandar Turpan. Aktiviti-aktiviti yang turut diadakan termasuk persembahan seni malam, pertunjukan tarian dan nyanyian etnik, perhimpunan gembira, pameran wain, pasar makanan etnik dan sebagainya.

Pesta ini diadakan buat pertama kali pada bulan Ogos tahun 1990 dengan tujuan memperingati ulang tahun 2100 operasinya jalan sutera. Jalan sutera di wilayah China sepanjang lebih 4,000 kilometer, 2,000 kilometer daripadanya berada di wilayah Xinjiang yang merentasi bahagian selatan, utara dan tengah Xinjiang. Turpan terletak di simpang jalan sutera dan memang terkenal dalam sejarah.


1 2 3 4 5
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China