Kanas yang Indah

CRI 2011-09-12 09:57:39

Pada tahun 1995, seorang pegawai perlindungan alam sekitar PBB membuat tinjauan di Kanas. Ketika memandang pemandangan Kanas yang menarik itu, beliau terpegun dan berkata, "Kanas merupakan pemandangan semula jadi yang terpelihara paling baik di dunia. Ia menjadi bukti bahawa dunia ini pernah mempunyai alam sekitar yang begitu indah dan menarik. Ia dianggap sebagai syurga dunia. Keindahannya simgguh mempesonakan."

Destinasi Kanas yang terkenal itu terletak di Kaunti Buerjin, utara Xinjiang. Di kawasan seluas 5,588 kilometer persegi ini. Kita dapat menikmati pemandangan glasier, tasik, hutan, padang rumput, padang penggembalaan, sungai, menghayati adat resam etnik yang istimewa, flora dan fauna yang luar biasa.

1 2 3 4 5
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China