Menara Sugong (Menara Emin)

CRI 2011-09-12 09:58:12

Menara Sugong dibina pada tahun 1778 Masihi. Bangunan berusia lebih 200 tahun ini dibina oleh raja Turpan, Eminhezhuo dengan biaya sendiri untuk membalas budi kerajaan Dinasti Qing dan sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan. Projek itu siap dibina pada tahun kedua selepas raja Eminhezhuo meninggal dunia.

Menara Sugong dibina menggunakan batu bata berwarna kuning muda tanpa tidak menggunakan kayu selain bingkai jendela di puncaknya. Badan menara berbentuk bulat, dari bahagian kaki dan semakin tirus di puncaknya. Garis pusat menara di bahagian kaki berukuran 10 meter, puncaknya berukuran 2.8 meter. Menara setinggi 37 meter ini mempunyai 14 buah tingkap. Menara tersebut mempunyai 72 anak tangga. Dinding puncak menara itu dihias dengan batang besi. Temboknya dihias dengan 14 jenis pola geometris. Pola tradisi etnik Uygur itu melambangkan seni ukiran dan lukisan agama Islam.

Masjid Menara Sugong yang berjiran dengan Menara Sugong mempunyai keluasan 2,500 meter persegi dan boleh menampung lebih seribu orang untuk beribadat serentak. Pada hari raya, penduduk beragama Islam akan membanjiri masjid itu.

Anda boleh pergi ke masjid Menara Sugong dari bandar Turpan, menaiki bas No.1, 6 dan 102. Tiket bagi melawat Menara Sugong berharga 30 yuan.

1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China