|
||

(Kota Hantu Uersu)
Selepas kunjungan ke Bukit Minyak Hitam, anda menumpang kereta terus menuju ke arah timur laut untuk pergi ke Kota Hantu Uersu, yang juga dikenali sebagai Kota Angin. Fenomena itu terbentuk oleh aliran banjir bersama-sama dengan tiupan angin yang kuat pada zaman purba. Kota itu tersusun dari arah barat laut ke tenggara, panjangnya dan lebarnya masing-masing melebihi lima kilometer, keluasannya beberapa puluh kilometer persegi.

(Kota Hantu Uersu)
Kota Hantu Uersu kehihatan seperti sebuah istana kuno pada Zaman Pertengahan jika dipandang dari segi jauh, tetapi selepas mendekatinya akan melihat pelbagai bukit yang bentuknya bermacam-macam, ada kelihatan seperti binatang, manusia, burung, ikan dan juga ada yang kehihatan semacam kubu, istana dan pavilian. Memang menakjubkan.