|
||
Jika dikaitkan dengan rupa kulitnya, tembikai Hami ada dua jenis iaitu yang berkurai jaring dan yang tidak berkurai. Pelbagai jenis tembikai Hami akan matang pada musim yang berbeza, bermula dari bulan Mei hingga Oktober. Lazimnya kebanyakan keluarga Xinjiang banyak menyimpan tembikai untuk menjamu tetamu pada musim sejuk.

Tembikai Hami bukan sahaja rasanya enak, tetapi juga amat berkhasiat. Menurut kajian, zat besi yang terkandung dalam tembikai itu dua hingga tiga kali lebih banyak daripada daging ayam, bahkan 17 kali ganda daripada susu. Orang Xinjang suka makan tembikai Hami dan menganggap makan lebih banyak tembikai menyihatkan tubuh dan memanjangkan usia.
Tembikai Hami bukan sahaja boleh dimakan terus, tetapi juga boleh diproses menjadi buah kering dan air buah. Bijinya boleh dijadikan ubat, sementara kulitnya merupakan makanan ternakan kambing yang bermutu.