Bandar Minyak: Karamay

CRI 2011-09-12 09:57:45

Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, Karamay mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan negara lain secara luas. Juruteknik daripada lebih seratus syarikat negara asing termasuk Syarikat Rolls-Royce Britain, Syarikat General Electric A.S., Syarikat Mitsubishi Heavy Jepun dan Syarikat Schlumberger Perancis datang ke Karamay untuk memberikan bantuan teknologi berkenaan. Selain itu, lebih 40 buah syarikat minyak terkenal di dunia termasuk Syarikat Exxon, Syarikat Mobil, Syarikat Shell telah menghantar delegasi untuk menjalankan tinjauan ke sana.

Bandar Karamay terletak di sebelah barat laut lembangan Junggar, keluasannya mencatat 9,500 kilometer persegi. Bilangan penduduknya lebih 260 ribu orang, antaranya penduduk etnik Han merupakan 76.24% dan selain itu terdiri daripada lebih 30 etnik minoriti termasuk etnik Uygur, Kazak, Hui, Mongol, Man Chu, Xibo dan Rusia.

1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China