Shahrizan Jeffri Aziz

CRI 2011-09-13 15:04:48

Shahrizan Jeffri Aziz memegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Fotografi dan Pengimejan Kreatif dari Universiti Teknologii Mara. Memulakan kerjaya dalam bidang fotografi bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada Tahun 2003. Sepanjang bersama Bernama dia telah di tugaskan untuk merakam foto-foto dalam pelbagai tugasan antaranya liputan Politik semasa, sukan, dan lain-lain lagi. Dia juga turut di berikan tugasan di luar negara untuk antaranya liputan lawatan rasmi Perdana Menteri, bencana dan lain-lain lagi. Dia juga pernah ditugaskan dalam misi-misi kemanusiaan antaranya misi bantuan kemanusiaan di Gaza Palestin dan misi kemanusiaan gempa bumi dan banjir di Pakistan. Selain itu dia juga berpengalaman membuat liputan-liputan antarabangsa antaranya Kejohanan Formula 1, Motogp, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour De Langakawi dan liputan persidangan-persidangan antarabangsa. Sekarang dia masih lagi berkhidmat sebagai Jurufoto Kanan di Bernama.
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China