"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 18/9/2011

CRI 2011-09-19 10:27:34


Pusat penjagaan warga emas dan anak anak yatim Korla
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Hari ini program kami bermula dengan melawat pusat penjagaan warga emas dan anak anak yatim Korla yang dibina dengan bantuan Provinsi Hebei. Pusat penjagaan ini agak unik kerana ia menempatkan warga emas dan anak anak yatim di bawah satu bumbung. Ia telah mula beroperasi pada 15 Ogos 2011. Seramai 47 orang warga emas dan 6 orang anak yatim. Pusat penjagaan ini mampu menampung 300 orang dalam satu satu masa. Fasiliti di sini lengkap dengan bilik yang selesa, dewan makan dan Pusat kecergasan. Di sini juga saya berpeluang melihat warga emas bermain catur Cina.


Pusat penjagaan warga emas dan anak anak yatim Korla
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Selepas itu kami terus ke destinasi kedua di Pantai Emas Tasik Bosten. Perjalanan ke sini mengambil masa hampir 3 jam dari Korla. Ia adalah satu tempat yang amat unik kerana tasik ini terletak di padang pasir. Tempatnya amat indah dan udaranya amat nyaman sekali.Pada hari ini kurang pengunjung datang ke sini kerana airnya sudah mula sejuk. Menurut penduduk di sini, orang ramai akan memenuhi tasik ini pada bulan Jun, Julai dan Ogos iaitu pada musim panas. Pada masa pelbagai aktiviti diadakan di sini.

1 2 3 4 5 6 7
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China