"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 19/9/2011

CRI 2011-09-20 11:38:59


Mercu tanda bermulanya jalan padang pasir Tarim
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Hari ini program bermula dengan rombongan bertolak ke Kaunti Kuqa. Perjalan hari ini melalui jalan padang pasir Tarim yang mengambil masa hampir 4 jam. Kami juga sempat singgah untuk merakam gambar di mercu tanda bermulanya jalan padang pasir ini.

Selepas tiba di Kuqa, kami telah dibawa ke Sekolah Menengah ke-4 Wilayah Kuqa. Sekolah ini amat besar dan luas. Fasiliti yang terdapat di sekolah ini adalah terbaik. Ianya mempunyai Dewan dan kantin yang amat besar sekali. Selain itu fasiliti untuk aktiviti sukan dan pembelajaran adalah amat baik sekali.

Rombongan kami juga telah dibawa melawat Istana Raja Kuqa. Selain dari melawat istana ini kami juga berkesempatan menemui Putera Wilayah Kuqa yang terakhir di sini.

Selepas itu kami di bawa ke Masjid Kuqa. Kami disambut oleh imam masjid Kuqa Ismayil Abdola. Beliau dengan ramah sekali menerangkan kepada kami tentang sejarah masjid ini. 

Makan malam hari ini kami telah di persembahkan dengan persembahan tradisional etnik Uygur.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China