Masjid Etigar
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)
Pengalaman hari ini bermula dengan menempuh perjalan dari Wilayah Aksu ke wilayah Kashgar yang mengambil masa lebih tujuh jam. Setibanya rombongan kami ke Kashgar, kami terus dibawa untuk merakam foto-foto menarik di Masjid Etigar. Kami telah dibawa ke dalam masjid untuk menikmati keindahan seni yang ada dalamnya. Masjid ini telah mula dibina pada tahun 1442.
Selepas itu kami dibawa ke sebuah Bandar Purba penduduk etnik Uygur. Ia adalah satu pengalaman amat menakjubkan kerana struktur banggunan yang terdapat di sini masih kelihatan seperti zaman dahulu. Di sini juga saya dapat melihat penduduknya mengasilkan kraftangan seperti topi etnik Uygur dan selendang yang amat cantik dan berwarna-warni. Saya juga telah ditemu bual dengan Stesen TV tempatan "Xinjiang TV" mengenai pengalaman saya berada di Bandar Purba ini.