"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 23/9/2011

CRI 2011-09-26 10:47:35


Pemandangan indah dalam perjalanan
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Hari ini rombongan kami telah di bawa ke satu Daerah di Wilayah Kashgar iaitu Daerah Khunjerab. Perjalanan ke sini mengambil masa hampir 12 jam. Yang menariknya perjalanan kali ini tidak membosankan kerana kami disajikan dengan permandangan gunung gunung salji yang indah sekali.

Sebelum sampai ke Khunjerab kami telah singgah di tasik Karakul untuk merakam permandangan di sini. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke sempadan China dan Pakistan yang terletak di Khunjerab.

Permandangan gunung-gunung salji amat indah sekali. Ini juga menarik kerana ini adalah pengalaman pertama saya merakam foto dalam keadaan yang amat sejuk sekali selain pengalaman pertama saya bermain salji.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Taxkorgan dan bermalam di sana.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China