"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 24/9/2011

CRI 2011-09-26 10:59:44


Majlis perkahwinan etnik Tajik
(jurufoto: Shahrizan Jeffri Aziz, BERNAMA)

Perjalanan hari ini bermula Taxkorgan dengan rombongan kami diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan etnik Tajik di sini. Keadaanya hampir sama dengan di Malaysia kerana ahli keluarga, jiran dan sahabat handai berkumpul bersama untuk menjayakan majlis ini.

Saya juga berkesempatan merakam foto-foto persiapan majlis perkahwinan etnik Tarjik ini. Selain itu kami juga di persembahkan dengan tarian tradisional kaum Tajik oleh warga-warga emas di sini. Meriah juga majlis perkahwinan ini.

Selepas menghadiri majlis perkahwinan itu rombongan kami bergerak pulang ke Kashgar.

1 2 3 4 5 6 7
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China