Masyarakat antarabangsa terus menyampaikan simpati kepada China dan menyediakan bantuan kawasan bencana Sichuan.
Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki, Presiden Argentina, Cristina Fernandez dan Presiden Guyana, Bharat Jagdep telah menyampaikan simpati kepada Presiden Hu Jintao.
Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan Rusia Sergi Mironov, Pengerusi Dewan Perwakilan Kongres Kebangsaan Belarus Andrei Popov, Presiden Senat Kazakhstan, Kasym-zhomart Tokaev, Speaker Parlimen Perancis, Bernard Accoyer dan Presiden Senat Perancis, Christian Poncelet menyampaikan simpati kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo.
Kerajaan Malaysia, Australia dan Italia pula menyediakan bantuan barangan kepada China.
Selain itu, pelbagai syarikat dan kumpulan dari Switzerland juga menyampakan simpati dan menyediakan bantuan kepada kawasan bencana Sichuan.
Pasukan penyelamat dari Rusia, Singapura, Jepun, Republik Korea, Hong Kong dan Taiwan hari ini terus menjalankan kerja menyelamat.
Pada pukul 9:00 malam tadi, pasukan penyelamat Rusia berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 61 tahun yang telah tertimbus dalam runtuhan selama 127 jam. Pasukan Penyelamat Singapura pula dapat mengeluarkan dua mayat dalam runtuhan malam tadi.
|