Sehingga 4.00 petang ini, 36,563 orang diselamatkan di kawasan bencana Sichuan, manakala 31,900 orang maut dan hampir 210 ribu orang cedera. Masih terdapat lebih 9,500 orang terperangkap dalam runtuhan bangunan. Seramai 4.5653 juta orang yang kehilangan rumah disediakan kediaman sementara. Maklumat tersebut diumumkan dalam sidang akhbar Dewan Negara China di Beijing hari ini.
Sekarang terdapat lebih 110 ribu orang askar dan anggota polis dikerah bagi menyertai kerja-kerja menyelamat. Mereka membersihkan dan membaikpulih jalan sepanjang lebih 550 kilometer dan berjaya menyelamatkan mangsa lebih 20 ribu orang daripada runtuhan.
Pegawai daripada Jabatan Turus Agung Pasukan Pembebasan Rakyat China, Mejar Jeneral tentera udara, Ma Jian berkata dalam sidang akhbar tersebut, kemudahan nuklear yang terletak di kawasan bencana tidak terjejas.
|