Kerajaan China akan membantu penduduk di kawasan bencana untuk mengatasi kesukaran kerana gempa bumi. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao semasa menyelia kerja-kerja menyelamat di Shifang, provinsi Sichuan semalam.
Di sebuah pusat pemindahan di tepi jalan bandar Shifang, Presiden Hu duduk bersama mangsa gempa bumi, mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam malapetaka ini. Beliau mengarahkan pasukan penyelamat dan pasukan bomba menyelamat mangsa dengan sedaya upaya.
Presiden Hu juga menuntut pihak-pihak berkenaan menawarkan rawatan psikologi untuk penduduk di kawasan bencana dan membantu mereka untuk mengembalikan kepercayaan, mengatasi kesukaran serta membangun semula kampung halaman.
|