Menteri Perdagangan China, Chen Deming berkata di Sichuan hari ini, bekalan pasaran di China mencukupi. Katanya, pelbagai tempat di seluruh negara bertungkus lumus membantu kerja menangani gempa bumi di Sichuan dan bekalan di pasaran kawasan bencana terjamin.
Chen Deming berkata demikian selepas meninjau ke Chengdu dan Mianyang di Sichuan untuk mengetahui keadaan bekalan pasaran tempatan.
Beliau berkata, pihak berkenaan akan membuka kedai runcit di pusat-pusat pemindahan mangsa bencana. Kata beliau, pihaknya akan terus berusaha untuk menjamin cukupnya bekalan makanan seperti beras, tepung, minyak masak, daging, telur dan sayur-sayuran serta pelbagai barang keperluan harian dan barang yang diperlukan bagi pembinaan semula kehidupan.
|