Masyarakat Antarabangsa terus menghulurkan bantuan untuk kawasan bencana gempa bumi di China dalam pelbagai bentuk. Barang-barang bantuan 16 tan yang dibekalkan oleh Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) telah tiba di Chengdu malam tadi. Sebuah pesawat Rusia yang memuat peralatan hospital, ahli perubatan dan ubat-ubatan telah terbang ke Chengdu malam tadi.
Barang-barang bantuan tambahan sumbangan kerajaan A.S. yang bernilai satu juta dolar A.S akan tiba ke Chengdu esok dengan kapal terbang khas. Kerajaan Jerman memutuskan menambah bantuan kepada 1.5 juta Euro, manakala erajaan Britain menambah barang-barang bantuan bernilai satu juta paun kepada China. Kerajaan Pakistan pula membekalkan 10 ribu buah khemah kepada China.
Setakat ini, Ibu Pejabat Persatuan Palang Merah China menyatakan mereka menerima wang derma antarabangsa daripada lebih 20 badan atau individul.
|