Kerja penempatan mangsa di kawasan bencana perlu diteruskan di samping mencegah bencana baru ekoran gempa bumi ini.
Perdana Menteri yang juga Ketua Markas Operasi Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Dewan Negara China, Wen Jiabao berkata demikian dalam Sidang Kali Ke-10 Markas Operasi Menyelamat yang diadakan semalam. Dalam sidang tersebut diputuskan, sebanyak 40,000 buah khemah akan dihantar lagi ke kawasan bencana. 6000 rumah penempatan sementara hantaran pertama akan diangkut ke kawasan itu. Pengawasan dan ramalan perlu dipertingkatkan terhadap Tasik Yansai yang berisiko tinggi. Pakar-pakar berkenaan hendaklah menetapkan pelan pelaksanaan untuk menangani risiko aliran limpah di kawasan bencana.
|