Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) semalam telah mengemukakan sebuah usul undang-undang berhubung pembaharuan dasar pertanian bersama EU secara rasmi untuk melonggarkan sekatan terhadap petani memandangkan harga bahan makanan yang tinggi pada masa ini supaya menggalakkan pengeluaran para petani.
Menurut usul tersebut, EU akan memansuhkan peraturan menghentikan aktiviti pertanian di 10% tanah milik petani yang sudah dilaksanakan 16 tahun.
Pesuruhjaya EU yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pertanian dan desa, Puan Mariann Fischer Boel ketika membentangkan usul tersebut dalam sidang pleno Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis semalam menyatakan dasar pertanian bersama EU diubah untuk menggalakkan penghasilan pertanian berdasarkan keadaan pasaran bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.
|