v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atase Tentera Dari 47 Negara Menyanjung Tinggi Operasi Menyelamat Tentera China
2008-05-21 19:08:10 CRI

61 orang atase tentera dari 47 buah negara asing yang berada di China hari ini mendengar taklimat tentang keadaan pasukan Tentara Pembebasan Rakyat China dan pasukan polis tentera China dalam usaha menyelamat bencana gempa bumi di Pejabat Urusan Luar Kementerian Pertahanan China. Mereka telah menyanjung tinggi operasi menyelamat tentera China dan menyifatkannya sebagai aktif dan berkesan.

Pegawai dari Tentara Pembebasan Rakyat dan pasukan polis tentera China telah memberi taklimat tentang keadaan usaha menyelamat bencana dan menjawab soalan daripada para pegawai tentara asing. Beberapa atase tentara asing ketika diwawancara menyatakan pasukan tentera China memainkan peranan penting dalam usaha menyelamat bencana dan prestasi pasukan tentera China yang pantas, cekap dan berani telah memberi kesan mendalam kepada mereka.

Beberapa atase tentara negara asing di China juga menyumbangkan derma untuk kawasan bencana Sichuan atas nama mereka sendiri.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |