Bas Biologi Pertama di Britain
2014-11-24 15:58:35 CRI

Menurut The Daily Mail Britain, bas biologi pertama Britain memulakan perjalanan julang kalinya dari Bath ke Lapangan Terbang Bristol baru-baru ini. Perjalanannya sejauh kira-kira 32 kilometer. Bas biologi ini menggunakan gas metana yang dihasilkan dari najis manusia dan bahan makanan buangan sebagai bahan bakar akan memperbaiki kualiti udara negara itu.

Bas biologi tersebut mempunyai tempat duduk 40 buah. Kapasiti bahan bakar satu-silinder sama dengan jumlah gas metana yang dihasilkan dari najis lima orang dalam tempoh satu tahun dan membolehkan bas itu berjalan sejauh 305 kilometer. Gas metana yang digunakan bas itu dikeluarkan oleh syarikat sumber tenaga GENeco.

Bahan bakar yang dihasilkan dari najis 40 orang membolehkan bas biologi ini berjalan dari Land's End, barat daya England ke John O'Groats, tempat yang paling utara di darat Scotland. Jumlah pelepasan karbon lebih kurang daripada minyak diesel.

GENeco secara langsung mengumpulkan najis manusia dari 8,300 buah keluarga di seluruh negara untuk menghasilkan gas metana.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China