Pesta Tanglung Yuyuan di Shanghai
2018-02-14 11:13:45 CRI

Pesta Tanglung Kesenian Adat Resam Tahun Baru Cina diadakan di Yuyuan, bandaraya Shanghai dari 1 Februari hingga 5 Mac nanti.

Hampir 40 kelompok tanglung besar dan hampir seribu lampu hiasan kelihatan terpasang di merata-rata tempat dalam Taman Yuyuan, dan dilihat sebagai tarikan bagi kedatangan ramai penduduk tempatan dan pelancong.

Sebuah tanglung berbentuk anjing yang berwarna emas yang setinggi 9 meter merupakan tanglung utama pesta tahun ini ekoran 2018 merupakan 'Tahun Anjing' menurut kalendar imlek Cina.

Semua lampu yang digunakan dalam Pesta Tanglung Yuyuan yang tersenarai sebagai program warisan budaya bukan kebendaan peringkat negara itu, ialah LED yang lebih terang serta selamat dan boleh menjimat tenaga kira-kira 30% berbanding lampu yang biasa.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China