v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Fuyuan, pembatik terkenal China

2006-06-28 12:57:20 CRI

Batik merupakan sejenis seni unik yang dicipta oleh penduduk etnik-etnik minoriti di barat daya China. Selama lebih 2 ribu tahun ini, seni batik di China tetap pelihara daya keunikan dan kedinamikannya. Hong Fuyuan yang selama ini mencating dan menyimpan batik telah mengibaratkan batik sebagai air jernih yang mengalir dari pergunungan.

Batik merupakan sejenis seni kraf tangan tradisional pada zaman purba China dan telah diwariskan secara turun temurun di kawasan etnik minoriti dari Provinsi Guizhou China. Batik Guizhou telah membentuk gaya kesenian yang unik dan merupakan sekuntum bunga kesenian yang bercirikan nasional China. Sejak lebih 2 ribu tahun yang lalu, China telah menciptakan seni mencating batik tersebut.

Tuan Hong Fuyuan kini berumur 65 tahun dan beliau dilahirkan di Bandar Anshun, provinsi Guizhou China. Sejak kecil, beliau menggemari seni lukis dan lantaran itu beliau berminat dalam mencating batik. Oleh itu, beliau telah melepaskan pekerjaan di bandar dan menjelajah ke beberapa kawasan desa yang terpencil untuk menyimpan, mengkaji dan merangka seni batikan. Hong Fuyuan berkata, " di kawasan etnik-etnik minoriti, saya telah melihat kehidupan mereka yang sangat miskin pada ketika itu, lebih-lebih lagi etnik Miao dan etnik Buyi, namun begitu mereka tetap menumpukan perhatian terhadap budaya dan tradisi etnik mereka sendiri. Mereka telah mencurahkan segala kegiatan terhadap budaya animisme etnik. Saya berkecimpung dalam kajian budaya nasional yang sama sekali berkait rapat dengan perasaan dan budaya nasional China."

Seiring dengan pemahaman ke atas pembatikan, Hong Fuyuan amat berminat akan mencating batik, sejenis seni purba China. Menurut hemat beliau bahawa sebagai sejenis seni kalangan rakyat etnik minoriti China, corak batik merupakan semacam manifestasi budaya nasional yang telah memperlihatkan psikologi, sejarah, budaya dan perasaan nasional. Ciri yang paling menonjol bagi seni batikan ialah pereka boleh mencating batik dengan semahu-mahunya bagi mengutarakan perrasaan mereka dengan sepuas-puasnya.

Beliau berkata, " Batikan mempunyai banyak corak, khususnya pola paduan antara burung dengan ikan. Seni batikan yang bercorak pola burung, rama-rama, ikan, serangga dan sebagainya, memperlihatkan kehidupan alam yang harmoni."

Corak paduan antara ikan dengan rama-rama dan bunga yang disebut oleh Hong Fuyuan dianggap corak yang unik sekali di dunia. Jika kita lihat dari dekat corak batikan tersebut kelihatan seperti ikan dan rama-rama, manakala dipandang dari jauh seolah-olah corak bunga.

Batik merupakan barang hiasan yang banyak digunakan oleh kaum wanita etnik-etnik minoriti di Guizhou, antaranya apron, jungle boot, sarung payung, tuala bantal, beg dan lain-lain.

Pada beberapa tahun lalu, Hong Fuyuan telah menubuhkan sebuah muzium kesenian batik. Beliau berpendapat bahawa sekalipun kini ekonominya masih tidak maju di kawasan etnik minorit, namun begitu kebudayaan di sini boleh dikatakan tidak mundur kerana penduduk etnik-etnik minoriti amat menumpukan perhatian terhadap budaya etniknya masing-masing.

Selaku seorang pembatik, Hong Fuyuan menganggap dirinya sendiri berkewajipan untuk melindungi budaya tradisional kebangsaan China. Beliau berkata, " pada masa ini, dunia menegaskan integerasi ekonomi, di samping penekanan terhadap kepelbagaian budaya. Budaya nasional merupakan daya perpaduan bangsa. Budaya telah menandakan wujudnya sesebuah bangsa. Oleh itu, budaya bangsa mesti mendapat perlindungan."

Pada tahun 1999, Kementerian Kebudayaan China telah memberi anugerah " 10 Artis Kalangan Rakyat China" kepada Hong Fuyuan. Hasil-hasil batik yang decanting oleh beliau telah banyak disimpan oleh muzium kebangsaan dan muzium-muziun lain di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |