Seterusnya silalah nikmati satu lagu rakyat Naxi yang bertajuk "Shi Shou". Lagu ini sering dinyanyikan semasa pemuda etnik Naxi mengutarakan rasa cinta.
Pemuda etnik Naxi biasanya saling mempelawa dan menyanyikan lagu bersama-sama semasa mengutarakan rasa cinta mereka. Beberapa orang pemuda lelaki dan perempuan menyanyikan "Shi Shou" di kedua-dua pantai sungai atau di kedua-dua belah bukit. Mereka dengan bijak meneka hati kekasih dan memilih kekasih mereka sendiri. Terdapat satu lagu rakyat Naxi yang bertajuk "Memandang dari Satu Pantai ke Lain" telah menggambarkan keadaan seperti ini. Seterusnya marilah kita nikmati lagu ini.
"Lagu Mengahwinkan Anak Perempuan" merupakan lagu yang memperlihatkan adat istiadat pernikahan etnik Naxi. Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu ini. 1 2
|