v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menikmati kebudayaan etnik minoriti di Shangrila

2007-11-02 11:41:36 CRI

Dimana-mana sahaja dapat berjumpa dengan ramai penduduk etnik minoriti yang memakai pakaian mereka sendiri. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi tempatan, tahap kehidupan penduduk tempatan telah meningkat dengan pesat. Mutu pakaian penduduk etnik minoriti berubah menjadi semakin menarik. Ketua Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik Minoriti Kaunti Dexin Zhou Diqing Encik Zhaxi Suonanpinchu menguruskan perekaan fesyen pakaian yang berlarutan selama lebih 20 tahun. Beliau berkata bahawa fesyen pakaian etnik minoriti kami terlalu mundur pada tahun 1980-an yang lalu. Kami dapat memakai pakaian yang berharga sejuta yuan RMB seragam pada masa sekarang. Kami memakai pakaian yang mewah semasa hari perayaan.

Seragam pakaian etnik minoriti yang diperbuat daripada kain wol, kulit binatang, lebih-lebih dihiasi dengan batu karang dan lain-lain yang sangat berharga.

Barang-barang hiasan dan pakaian telah dibuat oleh penduduk etnik Tibet sendiri pada masa yang lalu, teknik kraf tanggan barang hiasan untuk pakaian merupakan teknik tradisional penduduk tempatan. Pakaian dan barangan hiasan perak yang dibuat oleh tukang perak Tibet pada masa sekarang ini bukan sahaja dipakai dan digunakan oleh penduduk etnik Tibet sendiri, tetapi juga amat digemari oleh para pelancong dari pelbagai tempat.

Di dalam kota purba Dukezong di kaunti Shangrila Diqing, terdapat banyak kedai serba ada yang bercirikan penduduk etnik, barang-barang yang dijual di kedai itu telah diperbuat oleh mereka sendiri. Majikan kedai barangan perak Kangba, seorang gadis etnik Tibet Zhuoma berkata bahawa kami sejak kecil gemar akan membuat alat-alat perak tersebut.Teknik tersebut diwariskan secara turum-temurun. Barangan buatan perak di dalam kedai itu telah diperbuat oleh mereka sendiri. Jumlah keuntungan mereka purata setiap tahun mencatat 40 hingga 50 ribu yuan RMB.

Di dalam kota purba Dukezong bukan hanya terdapat banyak barang hiasan perak Tibet, tetapi juga terdapat banyak barang kesenian kraf tangan seperti alat yang diperbuat daripada kulit yak dan barang buatan tulang yak dan lain-lain. Barang kesenian kraf tangan tempatan pada masa sekarang bukan sahaja telah merangsang peningkatan jumlah pendapatan penduduk tempatan, tetapi juga telah menyediakan kemudahan kepada para pelancong untuk mengetahui budaya penduduk etnik minoriti di Shangrila.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |